Monday, September 18, 2017

Best nya Costa Victoria Cruise ni! Ada makanan HALAL siap



Nak naik kapal cruise memang dah lama ada dalam bucket list aku. Dari zaman aku kecik-kecik dulu selalu berangan, nanti dah besar, dah ada duit sendiri, nak jalan-jalan pusing satu dunia. Dan nak naik cruise jugak! Heee. ๐Ÿ˜

Nak plan untuk next trip siap-siap ni!  Heee.

Aku memang tak boleh betul lah tengok Costa Cruise ni. Serious terus rasa membuak-buak nak naik kapal cruise dengan kadar segera. ๐Ÿ˜†

Costa Cruise ni sangat cantik! ๐Ÿ˜

Tak percaya? Meh nak tunjuk.
Mari kita sama-sama plan naik Costa Cruise ni next trip. Hee.


Ni lah kapal nya. Besar.



Salah satu restoran yang ada dalam kapal cruise ni.

Cantik plating restoran ni ๐Ÿ˜


Kemain besar haa pizza dia. Confirm besar dari muka kau ! Hahaha.


Lobster nampak menyelerakan ๐Ÿ˜

Costa Victoria ni sedang dalam proses untuk dapat Halal certification. Untuk muslim, jangan risau. Memang ada makanan Halal dalam cruise ni.

Bilik.

Ada pertunjukan theatre.

Wow meriah ni!



Memang tak kan bosan punya. Sebab banyak aktiviti dalam cruise ni.



Ni pulak carnival of Venice.


No wonder lah Costa Cruise ni pernah menang 'Best Cruise Line for Entertainment' by Travel Weekly Asia 2016. Memang nampak best aktiviti yang ada dalam kapal cruise ni.

Ada aktiviti untuk kids jugak.

Boleh lah anak-anak main dengan rakan sebaya beliau ๐Ÿ˜†

Aktiviti untuk kids pon banyak.

Yang masih nak menjaga kesihatan di mana pon anda berada. Haaa boleh pergi gym ni.

Swimming pool pon cantik gila! ๐Ÿ˜


Atrium Deck.

View dia ya Allah. Cantik nyaa ๐Ÿ˜

Bila naik cruise macam ni, memang percutian kita pon akan rasa relax dan trendy. Tak payah fly ke Italy untuk nak rasa pengalaman budaya orang Italy. Naik je Costa Victoria cruise ni, kita pon dah boleh feeling-feeling dekat Italy. Heee.


Kalau ada yang berminat, boleh tengok details dekat SINI ๐Ÿ˜



Tuesday, September 12, 2017

Travel: Makanan halal di Kyoto, Japan (part 3)

Sementara aku tengah mood rajin nak habiskan entry Japan ni, baik aku update dulu. Sambungan entry Kyoto, Japan (Part 2)

Kali ni aku nak cerita pasal makanan halal yang aku makan masa first day dekat Kyoto.
Personally bagi aku, nak kata senang tu tak lah senang sangat nak cari makanan halal dekat Kyoto ni. Tapi nak kata susah pon tak jugak. Mata kau memang kena bukak luas-luas lah untuk cari makanan halal. Kalau tak jumpa, google je tempat makanan halal yang berdekatan. Selalunya akan keluar.



1) Poqan, Kiyomizu Dera

Masa on the way nak naik/turun ke Kiyomizu Dera yang aku cerita dekat ENTRI NI. Aku jumpa satu stall jual makanan halal.

Poqan kot eh nama dia?

It's purely halal.

Satu stick harga 450 Yen.

Sedap lah jugak benda ni.

Ada macam-macam pilihan.

Makan panas-panas memang layan.

Tapi aku rasa kalau makan dengan cili sos lagi sedap. Haha.
So kalau korang datang Jepun ni, tapi tekak kau jenis tekak melayu totok. Kau bawak lah cili sos kecik-kecik paket tu siap-siap. Agak-agak rasa tak boleh nak telan apa-apa makanan dekat Jepun ni, boleh lah cili sos tu jadi penyelamat. Hehe.

Tapi aku ok je makan ni tanpa sos. Sebab dia dah ada rasa. Sedap je lah bagi aku. Lagi-lagi kalau tengah lapar. Memang licin je makan.

Han ni tolak batu dengan kayu je aku rasa. 
Yang lain semua benda aku suap dekat dia, semua dia bedal je tanpa banyak cikadak. Haha. 
Bagus nakkk! Senang kerja mak kau ni. ๐Ÿ˜†

2) Ramen halal, Gion

Yang tadi kitorang buat alas perut untuk breakfast. Untuk lunch kitorang makan ramen halal dekat Gion. Nama kedai aku tak pasti apa sebab tulis bahasa jepun. Paham pulak aku bahasa jepun tu kan?? Memang sepatah haremm lah aku tak faham. Tapi cop halal memang terpampang dekat atas kepala laki aku tu. Haa nampak tak cop halal iteww?


Tapi kalau pergi Gion, korang google je halal food Gion. Nanti akan keluar restoran ni. Sebelah restoran ramen ni, ada restoran daging wagyu beef. Halal jugak.


Nampak sedap ke tidekkk?
Ramen ada 2 jenis.
Yang kiri tu jenis kering.
Yang kanan ada telur tu jenis sup.

So pilih je lah kau nak nak makan ramen jenis basah ke kering.

Husband aku order ramen. Dia kata sedap.
Aku pi order teriyaki chicken with rice.
Perghh masin nak meninggal. Aku syak dia tertumpah garam selori lah masa serve aku ni.
Tapi tak sure lah kalau memang rasa dia memang masin macam tu.

Untuk lebih selamat, kalau korang datang sini, order ramen dia je lah.

Dekat restoran ramen halal ni, ada prayer room.

Boleh lah solat dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Han memang suka tengok dekat-dekat orang solat.
Nasib baik Han tak kacau papa dia solat. 






Lepas makan ramen halal ni, tetiba hujan renyai-renyai pulak.

Nasib baik aku dah sediakan payung siap-siap sebelum hujan.

Han dah expert dah nak beli air dekat vending machine Jepun ni.

Suruh dia pilih air apa dia nak. 
Pandai dah pilih.

"Yes!"

"Huh? Air?"

"Minum lah, apa lagi"

3) Taiyaki


Malam-malam tu dok berjalan around Kyoto, nampak ada Taiyaki ni. Ambil perisa custard. 
Sebeban custard dia bagi haa. Tak kedekut punya. Kita makan pon puas hati.

Husband aku ni tak menyabo. Panas-panas baru masak tu dia terus masuk mulut. Memang menggelupur lah dia lepas tu.

Tapi sedap gila Taiyaki custard ni.

Terhibur sebab tengok husband aku menggelupur makan Taiyaki panas-panas tak menyabo. Hehe.





Video from instagram aku (@cikepal06) . 
Video aku edit sendiri. 
Boleh lah tengok orang Jepun cakap melayu. Hehe.



Bersambung....



Ok nanti sambung lagi Kyoto, Japan Part 4 pulak. 
Bye Mak Jemah!