Viral nau ye Kuih Keria Gula Melaka ni sekarang. Padahal dah bertahun lama dah pakcik makcik tu berniaga kuih ni. Dulu pergi Melaka pon beratur nak tunggu kuih keria gula melaka ni siap. Masak je licin. Masak je licin. Orang depan pulak beli sampai doplohnam ketul. Tu panjang beratur menunggu tu. Sekarang ni dah viral lagi ah kan, confirm kalau pergi Melaka lagi panjang beratur nya. Akhir nya, buat sendiri je lah dekat rumah.
Resepi aku ni simple je. Senang je nak buat. Resepi dalam blog aku ni semestinya semua yang easy to digest belaka. Yang leceh-leceh aku malas nak buat. Haha.
Ni lah homemade kuih keria gula melaka nya.
Bahan kuih keria:
500 gm keledek putih
3/4 cawan tepung gandum
2 bahan ni je buat kuih keria? Simple mimple pimple betul ni bahan nya! Haha. Sabar jemah oi. Ni baru cerita part body kuih keria je. Untuk keria guna 2 bahan ni je. Aku tak guna baking powder. Hanya keledek dengan tepung semata. Guna keledek putih ye bukan oren. Yang oren tu akan lembik kan kuih keria. Guna keledek putih yang kulit dia coklat lembut macam gambar diatas. Bukan keledek putih yang kulit merah. Sebab keledek putih yang kulit coklat ni air dia kurang banding dengan yang oren tu. Keledek putih ni tak manis sangat so memang sesuai lah nak buat macam-macam jenis kuih.
Keledek putih tu buang kulit dia dulu ye dan basuh bersih-bersih. Pastu letak air rendam kan lah si keledek bermandi bath tub dalam kuali pastu letak garam sikit.
Rebus lah sampai beliau empuk.
Bahan sira kuih keria:
150gm gula melaka
Satu sudu besar gula putih
1/4 cawan air masak
Garam sikit
Sementara nak tunggu keledek kau tu empuk. Kau settle kan gula melaka ni. Mula-mula aku hiris gula melaka ni nipis-nipis pakai pisau. Pastu menyampah pulak nak hiris sebab lembap nak meninggal nak habis kan.
Sudah nya, aku tumbuk je pakai lesung batu. Huh senang kerja aku.
Dah hiris/tumbuk gula melaka tu. Letak dia dekat tepi jap. Jangan kacau dia. Suruh dia dok dendiam.
Bawak keluar semua keledek putih yang dah empuk tu. Toskan air dia. Pastu letak dalam bekas lain. Lenyek kan lah beliau sampai lumat. Masa panas-panas tu terus lenyek kan tau. Mula-mula aku lenyek pakai senduk je.
Untuk kepuasan tahap maksimum, tumbuk lah keledek tu pakai lesung pulak. Kihkih.
Biar sejuk sikit jap. Kang melecur lak tangan kau pergi uli panas-panas. Dah orang ingat kau tak sekolah pulak. Haha. Dah sejuk,pastu masuk 3/4 cawan tepung gandum. Uli lah dia sehingga menjadi doh. Adunan ni dapat lah dalam 14 ketul kuih keria.
Bentuk kan lah adunan tadi bulat-bulat dan lubang kan dekat tengah. Kalau kau nak bentuk kan menjadi bentuk lori ke, beruang ke, kapal selam ke. Suka hati kau lah kan. Dah kuih keria kau. Kau jugak yang nak makan. Cuma jangan bengong sangat lah. Haha.
Aku goreng menggunakan kaedah deep fry. Kasi tenggelam semua kuih keria tu. Walaupun minyak sekarang mahal, pepandai kau lau adjust. Jangan goreng guna minyak tanah sudah. Terus meninggal pulak kang ๐.
Terbalik kan bila nampak bawah dah kuning je ok! Ni tips tak nak bagi serap minyak. Kalau tangan gatal asyik nak terbalik-terbalik kan je, nanti berelemoih serap minyak woh tak sedap. Jangan jakun sangat asyik nak terbalik kan. Ehehe. Biar je dia steady dalam tu, bawah dah kuning baru terbalik.
Dah kuning cantek baik punyaaa. Angkat, tos kan minyak letak dalam pinggan.
Goreng lah si montel ni semua kasi habis.
Buat bahan menyira pulak. Ambil kuali lain. Masuk kan gula melaka, gula putih, air masak. Air jangan banyak sangat. Kalau nak kurang lagi pon ok. Tapi 1/4 cawan ni kira alright lah. Cuma jangan lebih dari tu
Mula-mula api jangan kuat sangat. Kacau lah sampai semua nya larut di dalam lautan cintamu. Eh!
Kacau pastu letak garam sikit. Letak garam sikit nak bagi dia rasa lemak-lemak manis lah. Tapi jangan banyak sangat garam nya. Sikit secukup rasa je. Nak bagi balance rasa manis tu. Nanti bila gigit kuih keria rasa sedap ada rasa manis masin. Heee.
Gaul rata. Time ni besarkan api sikit.Bila nampak dah pekat likat dan berbuih tu, haa apa lagi, masuk kan lah kuih keria yang kau goreng tadi.
Masuk kan segerombolan kuih keria tadi dalam kuali.
Golek-golek kan mereka dalam kuali. Kacau bagi sebati. Api jangan tutup pulak. Kacau je sambil api terbukak tu.
Jangan cuak kalau nampak gula tak kering lagi and just nampak cair cenggitu. Terus kan je lah gaul sampai kering. Jangan tinggal kuali. Laki kau panggil time ni pon sila buat dekk je dengan dia. Terus kan je gaul. Bila nak dekat berkerak gula nya tu baru tutup api.
Wow! Glowing nya kulit sis! Pakai skincare apa tewww?
Dalam kuali tadi, gaul punya gaul punya gaul sampai lah gula nampak keras dan berkerak sikit. Boleh lah angkat.
Hidang lah semua atas pinggan.
Hitam, berkilat, merecikkk. Haha.
Setelah digigit.
Han dan kuih keria gula melaka.
Apa benda lah mama buat ni?
Om nom nom.
Sedap sampai high. Haha sengal. Beriya kata nak diet laki aku ni. Selamba bedal lapan ketul. Diet padiaaa.
Makan panas-panas memang layannn. Selamat mencuba resepi kuih keria gula melaka ni bagi yang nak cuba! K bye! ๐
hehehe so sedapkan.. anak2 pun suka
ReplyDeletesenang satu keluarga boleh makan ๐
DeleteSedapnya sis. Kegemaran saya ni. Nak cuba buat la nanti. Thank you for the recipe. :)
ReplyDeletesama-sama ๐
DeleteHahaha. Adoih terkekek2 baca haaa. Dapnya han makan kuih keria tu. Nak sikit han. :p
ReplyDeleteDah habis masuk dalam perut Han ๐
DeleteNak cubalahhhh macam sedap ja tengok cik epal buattttt hahha
ReplyDeleteTry lah. Senang je nak buat ๐
Deletewahhhh....sedapnya...terliur plak dah....
ReplyDeletetry lah buat hehe ๐
Deletenicee thanks for sharing cik epal!
ReplyDeleteSama-sama. Hee ๐
Deletegood sharing cik epal..:)
ReplyDelete๐
Deletebest gak buat sendiri
ReplyDeletebuat sendiri boleh makan patbelas ketul ๐
Deleteberkilau kuih...
ReplyDeleteGlowing ke tidak kulit kuih sis? Hehehe ๐
Deletethank you share, =D
ReplyDeletesama-sama ๐
DeleteSaya nak cuba try test buat lah. Thanks for the recipe! ;)
ReplyDeletesila lah cuba try test ๐
DeleteHa...terima kasih..nak cubalah..kalo tak jadi..siap ko!!..haha...
ReplyDeletekalau jadi sila bagi doplohpat ribu. Haaa ๐
Deletesimple je resepi...tapi nak buat tak tau le jadi ke idok ni...sbb sambil baca resepi sambil gelak baca resepi ko yang kelakar :-)
ReplyDeletethx for sharing btw...
kalau jadi bagi tahu kengkawan, kalau idok jadi kecam dalam hati je tau. Hihi ๐
DeleteGuna lesung batu banyak kerja dapur boleh beres. Kalau bahan tengah panas macam keledek tu cepat je dapat lenyek. Kalau hati tengah panas . . .
ReplyDeleteAnyway terhibur membaca posting ini.
yeszaa. memang senang kerja. tak payah beli banyak tools. hehe
Deletegebunya!tergoda i tengok kuih keria gula melaka cik epal ni oiii. resepi senang..boleh try test ni :)
ReplyDeletesila sila test :D
DeleteAlhamdulillah..tq atas resepi..gigih buat..mmg sedap..suami dan anak suker..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama-sama :)
Deleteselalu adore cik epal je but now ter adore kuih keria cik epal pulak!!!
ReplyDeleteehehe macam tu pon bolehhh :D
Deletewah sng gile nak bt rpenya..thanks cik epal for the recipe :)
ReplyDeletesama-sama ๐
Deletewow....nak buat la....rasenye buat ni lagi cpt boleh mkn dr beratur panjang di bwah terik matahari kat melaka tu...hihi tq cik epal....mmmuahhhh
ReplyDeletesambil beratur 2 jam. dah settle makan keria 2 pinggan. haha.
Deletesama-sama. muahh back. haha ๐
tengok pun dah meleleh air liur haha tq cikepal kalau rajin bolehla try haha!
ReplyDeletesila lah rajin haha ๐
DeleteAlahaii..terliur la pula
ReplyDelete๐
DeleteThanks sis sharing resepi. Nampak sedap. Kena Cuba ni.. :)
ReplyDeletesama-sama. selamat mencuba ๐
Deletecik epal is the best in kuih keria making!!!
ReplyDeletekuih ni senang je. semua orang boleh buat hehe ๐
DeleteHahaha.. sakit Perut dengan ayat2 Cik epal.. Pasnie nk cube try test buat plak la..Heee.. tq Cik epal..๐๐๐
ReplyDeletehehehe. Sama-sama ๐
DeleteAlaaa. Cik epal , saya dah beli keledek oren. Huaaaa. Abis mmg tk boleh guna keledek oren ke?
ReplyDeleteBoleh je kalau nak guna. Tak ada siapa yang marah pon. Hehe
DeleteGelak terkekek kekek baca blog ni. Sampai cik suben jeling..siap tanya lagi "takkan gelak je, bila nk mengkerianya"..hahaha
ReplyDeleteHaaa bila nak menkerianya tu. hehehe
DeleteHahah..malam ni (mungkin)
ReplyDeleteDah menjadi belum tu? ๐
DeleteNak try jgk la nti
ReplyDeletesila lah ๐
DeleteTqvm cik epal... baru buat last week kat umah mak mertua.. tunjuk skill.. kena puji you..padahal tiru sebijik sebijon resepi cik epal.. jadi.. esok nak buat utk usrah neber2 pulak... semoga menjadi amal cik epal share resepi yg sesuai utk org macam saya yg kena ikut step by step.. hihi
ReplyDeletewow terus jadi menantu pilihan tu.Haha.
DeleteAminnn ๐
ReplyDeleteLawak betui ayat2 tu...terhiboq hati cek.....hehehe
๐๐๐
Deletehi cik epal. thnx for the recipe ya! terhibur i baca recipe u ni! haha
ReplyDeleteThank you ya for the recipe. :)
ReplyDeleteOlahan cerita sgt kelakau & resepi pn nmpk sodap. Nti mau d try ini. Tqtq
ReplyDeleteCik epal..camne nak buat kuih keria jadi cantik mcm cik epal punya erk..saya punya tak jadi licin mcm cik epal punya la bila dah goreng..
ReplyDeleteOmg!! I was laughing so hard! Enjoyed rewarding your blog. Keep it up. Will definitely try out your recipe.
ReplyDeletesedap, beli sebiji 80sen dh skrang
ReplyDelete