Tuesday, February 7, 2017

Aku suka gila Hot & Roll ni!

Dari zaman gonjeng sampai dah beranak ni memang aku suka gila kottttt makan Hot & Roll ni. 

Hot & Roll ni ada macam-macam perisa. Hampir semua perisa aku pernah try. Masa zaman study dulu, kalau dating, memang selalu aku menternak lemak dekat Hot & Roll ni. Hee. Husband aku yang dulu tak berapa suka benda ni pon dia dah jadi suka sebab memang selalu nau aku beli Hot & Roll ni. Lama-lama dia pon terpengaruh dan terjebak.  πŸ˜†


Sedap nya πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Sekarang ni dah banyak kan mall yang ada kiosk Hot & Roll ni. Kalau aku pergi mana-mana mesti ada je terjumpa kiosk Hot & Roll ni. Suka! Suka! Sebab senang nak dapat. Ni aku pergi dekat e@Curve.

Kalau siapa yang tak pernah makan, Hot & Roll ni dia ada crispy wrap dan paratha wrap. Now dah ada chapatti wrap. Boleh pilih nak inti savoury atau sweet. Selalu aku suka makan paratha chicken and cheese, paratha pizza beef,crispy pizza, dan crispy chicken and cheese. Kalau rasa nak makan yang manis aku suka order crispy cruncy peanut.

Now Hot & Roll dah keluarkan menu baru! 
Baru-baru ni aku try Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap dan Choco Strawberry Crispy Wrap.

Sempat aku snap time orang masak ni. Mula-mula dia letak batter atas flat pan.

Letak strawberry.

Tabur chocolate chip.


Pastu lipat.

Jadi lah begini. Kalau korang suka manis, boleh lah try menu baru ni.




Yang ni menu baru jugak. Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap. Aku suka ni! πŸ˜‹

Gulung punya gulung.

Apa lagi. Ngapp lah.

Oihh kenapa sedap sangat ni? Makan panas-panas memang sedap weh. Bila masuk mulut terus rasa macam "Awhhh adakah ini syurga?" Hahaha over sangat tau.


Tapi aku memang suka Hot & Roll Cheezy Chicken Wrap ni.


Masalah nya bukan aku je yang suka. Seketul Han pon suka! Haha.

Perangai kuat makan Hot & Roll aku dah menurun ke Han. Adakah kuat makan ni sejenis penyakit keturunan? Hahaha πŸ˜‚


Om nom nom nom. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Sekarang tambah lagi satu geng nak makan Hot & Roll.


Aku memang suka Hot & Roll ni sebab sedap, nak makan senang, harga affordable,nak tunggu dia masak cepat, dekat mana-mana pon senang nak cari. Forever a healthy snack! Dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari segodang-godang aku dan sekecil-kecil Han semua boleh makan. Heee.

Nak tahu lebih info and menu lain dia, boleh tengok dekat Facebook Hot & Roll dan Instagram Hot & Roll.


Siapa suka makan Hot & Roll ni??? Kita geng. Hehe. Korang suka perisa apa? πŸ˜‹




28 comments:

  1. suke jugakkk.. dapat makan panas panas terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hot & roll ni memang kena makan panas-panas baru sedap πŸ˜‹

      Delete
  2. Buka cawangan please kat tempat saya ni... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk dekat mana teww? 😊

      Delete
    2. oo dekat Sarawak. Dekat Sarawak tak pasti pulak ada ke tak. πŸ˜†
      Semenanjung memang banyak

      Delete
  3. so far tak pernah nmpk kiosk Hot & Roll kat Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi sampai Brunei. Tak tahu ada ke tak dekat sana. Tapi dekat Malaysia ni memang banyak πŸ˜„

      Delete
  4. pest time try benda ni kat OU. terus suka.. harga pun tak mahal.. tapi la ni jarang nak jumpe benda ni kat tempat berdekatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dah jarang jumpa? kita memang selalu je jumpa Hot & Roll ni. Pantang jumpa mesti beli πŸ˜‹

      Delete
  5. sedapnya, tengok tengah lapaq pulak, telan liur je lah

    ReplyDelete
  6. sukaaa . tapi lama tak makan. zaman study dulu suka lah. apa entah namanya . double onion cheese kot. hahaha

    dulu susah betul nak jumpa. yang ada kat kl sentral/midvalley/curve .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pergi mana-mana mall selalunya ada. Tapi paling suka paratha chicken and cheese tu πŸ˜‹

      Delete
  7. sy pernah try sekali dan lepas tu tak pernah2 try.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa? tak suka ke or tak jumpa dah lepas tu? πŸ˜…

      Delete
  8. Sedapnya yang cheesy chicken roll tu! obviously sebab ada cheese hahaha.
    Cik Epal ni dari zaman berblog dulu tak habis2 lagi kuat makan dia rupanya sampai menurun ke han dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kuat makan itu ada lah kebahagiaan 😝

      Delete
  9. yum yum yum ... nampak mcm sedap ... Han so cute ...

    ReplyDelete
  10. Semua yang ade cheese menusuk kalbu sedap diaaa..hahaha..tp feberet double cheese onion n choc-peanut tu 😍😍

    ReplyDelete
  11. Semua yang ade cheese menusuk kalbu sedap diaaa..hahaha..tp feberet double cheese onion n choc-peanut tu 😍😍

    ReplyDelete
  12. duk kat kedah dulu mmg selalu mkn hot & roll ni. terjangkit dari kawan πŸ˜„

    ReplyDelete