Friday, February 24, 2017

Travel: Bangkok , Thailand . Marine Park , Safari World (Part 3)



Harga tiket dah cerita dekat ENTRI LEPAS. Budak macam Han masuk FREE je. Ni kita ke Marine Park pulak. Marine Park dengan Safari Park ni sebelah-sebelah je pon.





Masuk Marine Park ni tetiba lapar. Pagi-pagi dah terus keluar kannn. So cari lah benda yang boleh dimakan. Han sedap mengunyah goreng pisang.



Goreng pisang harga 45baht/RM4.50 satu set.
Goreng pisang ke pisang goreng?
Ah lantak lahh.

Goreng pisang dia sedap gak. Tapi masa aku beli ni dah sejuk.Kalau panas-panas memang sedap ah. Tapi bagi Han makan, dia suka je.

Ada beli pancake tu jugak. 35Baht/RM3.50.
Tapi pancake tu tak sedap.



Coconut pudding 50baht/RM5. Haaa yang ni sedap weh. 

Memang sedap ni! Crunchy dekat luar lembut dekat dalam. Rasa coconut tu pon secukup rasa.

Sedappp πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Filling dia lain-lain dalam sekotak tu. Ada filling jagung, ada filling daun sup, lagi satu filling aku lupa pulak apa. Tapi semua sedap ah.

Yang penting bila gigit coconut pudding ni, boleh ler feeling-feeling di awangan.



Parrot dia bebas je merata-rata.


Bagus parrot ni dok dendiam je.

Budak-budak boleh naik pony. 
Tapi pony nya nampak kotor je. 
Aku tengok pon tak selera.
Memang tak ler aku nak bagi Han naik.

Memang betul lah. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Senyap-senyap je buaya ni berenang. Air pon tenang je tak berkocak.

Swan. Han memang suka lah masuk sini sebab dia suka sangat tengok haiwan-haiwan.

First show tengok Orang Utan Show.





Kalau korang masuk Marine Park, Safari World ni memang wajib tengok Orang Utan Show ni. Show ni yang paling best dan kelakar.

Orang Utan ni pulak semua poyo gila perangai tapi ada jugak yang comel.
Yang konghajo pon banyak.Haha.

Show ni korang wajib kena tengok kalau dah sampai sini!

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Nahh bagi video Orang Utan Show sikit.
Han pon memang terhibur habis tengok Orang Utan Show ni.


Next show nak tengok Sea Lion Show pulak. Tapi disebabkan panas gila kot time ni. Order lah Snowy Flakes ni. 45baht/RM4.50.

Makan snowy flakes sambil layan Sea Lion Show.

Tengok Sea Lion pon teruja. Han ni memang suka tengok haiwan.


Sea Lion ni aksi diorang comel-comel.

Berenang pon comel. Hihi.

Bijak jugak Sea Lion nya.

Han memang mudah terhibur lah tengok haiwan-haiwan ni. Sea Lion ni pon berjaya menghiburkan dia. πŸ˜†

Kitorang sempat tengok Orang Utan Show dengan Sea Lion Show je. Aku dengar cerita Dolphin Show pon not bad jugak. Tapi malas dah nak tunggu sebab panas dok dalam ni. Memang merembes peluh uii. Setiap show ni pulak lain-lain tempat. Memang tak larat dah nak menapak dalam ni. So dah tak nak tengok show, jalan-jalan je dalam ni.






Ni bukan cubaan.
Bukan juga cobaan.
Ni Cuban Flamingo.

Kan aku dah cakap anak aku ni memang senang teruja tengok haiwan.

Mula-mula ingatkan Iblis. 
Tanjat kitewww burung ni nama Iblis.
Rupanya IBIS.



Si IBIS ni memang warna macam tu ye. Bukan terjatuh dalam water colour ke hape. Memang striking betul warna dia. Dari jauh memang dah nampak. 






Cantik burung ni!
Warna dia lawa kan?
Nama dia SUN CONURE.
Dia makan kuaci.
Kau letak je kuaci dekat tangan kau, mesti dia datang punya.


Ibu aku dengan SUN CONURE.


Jinak-jinak burung SUN CONURE dalam ni. 
Tetapi lelaki itu berjaya saya jinak kan. Eh!





Atas kepala pon dia bertenggek. πŸ˜†

Burung apa?
SUN CONURE.
SUN apa?
CONURE.
Sebut betul-betul ye. πŸ˜†

Han tengok orang lain ada burung dekat tangan. Dia pon helok je tadah tangan. 
Dia ingat burung tu senang-senang je ke nak pergi dekat dia kalau tak ada kuaci dekat tangan? πŸ˜‚



A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Video Han bagi makan burung.
Tapi selamba je dia bagi makan dekat burung tu. Aku pulak yang cuak kot takut dia kena patuk. Nasib baik selamat je dia πŸ˜†




Pastu meneruskan perjalanan tengok haiwan-haiwan lain. 
Dalam Marine Park ni harimau nya dalam sangkar. 
Kalau nak tengok harimau bebas berkeliaran boleh tengok dekat SAFARI PARK.

Comelnya! 



Kalau sebut itik, mesti kita bayang itik warna kuning je kan? Tapi itik pon ada macam-macam jenis.




Mak buyung nak berehat jap.

Mula-mula patung ni tengok depan. 
Bila duduk je dekat tempat tu, tetiba kepala dia berpusing ke arah laki aku. 
Terus terkejut dia. Dia terus rasa pompuan ni berpuaka.Haha. 

Try zebra ice cream ni. Yang hitam tu perisa charcoal. Yang putih tu vanilla. Rasa dia biasa-biasa je lah bagi aku. 


Lagi pon masing-masing dah kelaparan. Tu tak kisah pon tengok 2 show je dalam ni. Sebab nak masuk ke Bangkok balik ada lah dalam sejam. So nak pergi cari makanan berat pulak. Next entry aku share tempat nak makan tomyam sedap bila korang sampai Bangkok ni. Serious sedap gila tomyam dia. Yang penting halal dan lazat.


Bersambung....


20 comments:

  1. wah bestnye...teringat time g taman burung..jinak2 cam tu la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung-burung colourful tu memang jinak. Dah ah lawo 😊

      Delete
  2. Wah berjalan sakan ye, nasib anak tak takut ngan burung... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan burung tak takut. Dengan buaya tak pasti. Haha

      Delete
    2. Haha, kalau buaya saya pun takut... :-)

      Delete
  3. bestnyaaaa! itu kalau burung berak atas kepala tu memang menyumpah la spoil mood nak berjalan hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi begitu, memang terus rasa nak balik hotel! Tobat tak nak pegang burung dah πŸ˜‚

      Delete
  4. Wah bestnya dapat tengok sea lion hehehe.. happe je Han

    ReplyDelete
  5. Bestnya... Teringin nak pergi... Tengok makanan pun dah terliur...

    ReplyDelete
  6. Zebra ice cream, cantiknya...kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zebra Ice Cream tu memang nampak kreatif. Kepala zebra tu pon boleh makan 😊

      Delete
  7. panjang muncung si han tu tengok haiwan...haha

    ReplyDelete