Sunday, March 19, 2017

Jalan-Jalan Melaka : A Famosa , Kuih Keria Antarabangsa , Naik Beca dan lain-lain 😝


Lepas makan chicken rice ball dekat SINI ,jom lah kita ke Bandar Hilir Melaka. Banyak tempat bersejarah yang ada dekat Bandar Hilir ni.

Ni lah Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.

Nak cerita sikit sejarah A Famosa ni.A Famosa ni dulu kubu pertahanan, tapi dah banyak struktur rosak teruk masa pencerobohan Belanda. Pihak British cadang nak musnahkan je tempat ni tapi atas campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini. A Famosa ni merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia. *wow mari tepuk tangan ramai-ramai sebab benda ni masih wujud* πŸ‘πŸ»πŸ˜„


Dah alang-alang sampai A Famosa ni. Kena lah bergambar dengan "meriam" ni 😝 

Acah-acah pelancong. Ehehe 😁


Ni lah Bangunan Stadthuys – ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda)

Dari jauh memang dah nampak warna merah Bangunan Stadthuys ni. Dibina pada tahun 1650 dan ni lah rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. 

Dekat sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini ada gereja Christ Church yang dah berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan kincir air yang macam dekat Belanda tu. Bangunan Stadthuys sekarang dah jadi Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.

Ni lah Christ Church yang dah berusia lebih 250 tahun tu.

Sebab cuaca tak panas sangat. Redup je. Rasa macam nak naik beca lah. Rambang mata pulak nak pilih nak naik beca apa. Kemain meriah beca masing-masing.

Last-last pilih beca angry bird. 😝 
Naik beca sekali round rm25.

Han sibuk nak tengok angry bird. πŸ˜‚

Pastu singgah Cendol Jam Besar, Melaka. 
Tempat ni antara hotspot dekat Melaka ni. 
Tapi aku tak try pon cendol dia sebab tak rasa nak minum benda bersantan time ni.
Lagi pon baru lepas makan chicken rice ball yang aku cerita dekat ENTRI NI.
Pekena air tembikai dia je.

Tapi bukan air tembikai biasa-biasa ni. Ni minum tembikai sedut terus dari buah ni. Kau hado? Tak hado kannnn. Ehehe. Dia hancurkan isi dalam buah tu. Pastu letak crush ice.

Harga sebijik tembikai RM8.

Lokasi kedai ni memang cun. Betul-betuk sebelah River Cruise punya laluan dan Hard Rock Cafe. Keliling dia bangunan merah tu. Boleh ler lepak-lepak sambil makan cendol dan minum air tembikai sedut terus dari buah tu 😝 .





Han ni tak boleh betul tengok spek aku ni. Dia sibuk je lah nak tarik buat main. πŸ˜‚

Dah datang Melaka ni, tak sah lah kan kalau tak beli Kuih Keria Antarabangsa ni. Memang betul-betul tepi jalan. Nampak je terus berhenti.

Punya lah banyak kuih yang sepatutnya depa jual. Tengok lah dekat poster belakang tu. Macam-macam sepatutnya hado. Last-last jual kuih keria je. Kuih lain nan hado. Kuih lain tu jualan sendu agak nya. Haji Jalil ni kata buat penat je buat kot. Last-last orang cari kuih keria gula melaka ni gak. Hari-hari gentel kuih keria je lah jawabnya. Masyuk pon masyukk. Hari-hari tak putus customer. 

Dulu aku pergi masa 2012 seketul 50 sen.
Sekarang dah naik harga. Seketul 60 sen.
Naik 10 sen. Hehe. 

Ada potensi ni boleh jadi seketul RM1 di masa akan datang ni 😝 

Terus beli seploh ketul. Makan kudap-kudap dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke KL. Agak-agak macam malas nak ke Melaka nak makan kuih keria ni, boleh lah try buat RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA ni. 


K nanti sambung lagi cerita lain. Bye! 😊


p/s: Korang kalau ke Melaka suka pergi mana?

35 comments:

  1. dah lama tak pergi melaka last sekolah rendah kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pon sebab dah lama tak pi. Bila husband ajak, ok je lah nak pi 😁

      Delete
  2. Tabik spring la kat Ci Epal..beratur panjang x masa beli keria tuh...Melaka memang best jenjalan...tp kena bawak yang suka berjalan...yang x suka tu buat semak...kejap2 nak balik...letih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panjang pon. Datang-datang terus dpt kui keria. Sebab pergi weekdays, orang tak ramai sangat 😁

      Delete
  3. comel betul Han :D
    bestnya pekena jus tembikai fresh dari buah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tu sebijik rasa macam tembikai. Haha πŸ˜„

      Delete
  4. jalan2 sightseeing memang best kan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama berjalan semuanya best lah hehe πŸ˜†

      Delete
  5. Banyak tempat menarik di Melaka.
    Round sehari pun tak habis.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok han sedut air tembikai tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah panas minum air tembikai tu memang syok lah πŸ˜†

      Delete
  7. Hah, Kuih Keria tu yang paling penting. ALWAYS!

    ReplyDelete
  8. suka tgk pics cik epal and ur lil hero

    ReplyDelete
  9. Wow... saya study dekat Melaka tapi tak pernah pula tahu kewujudan Kuih Keria Antarabangsa nih alahaiii hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dekat melaka ni banyak je tengok orang jual kuih keria gula melaka dekat tepi-tepi jalan 😁

      Delete
  10. melaka memang best. tak pernah bosan. next trip kami nak try makan mee besen.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee besen? Sedap ke? First time dengar πŸ˜†

      Delete
  11. Kalau Melaka mesti terbayang coconutshake yang famos amos kat klebang tu, tapi diri sendiri pun tak sampai dan tak pernah merasa lagi pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klebang coconut shake tu dah banyak makanan dan kuih dekat situ. Air jagung dia pon sedap. 😊

      Delete
  12. IQ ni mak mertua org melaka, tak ada pun jalan2 macam ni, haha, kat area mana ek kuih keria ni, macam nak try jugak

    ReplyDelete
  13. Bestnya boleh prgi kat melaka. Sy belum smpai lg kat situ

    ReplyDelete
  14. Mcm sedapppp je tgk air tembikai tu. Hehe

    ReplyDelete
  15. wah, sedapnya kuih keria tu. tak pernah merasa pon lagi walaupun dah banyak kali gi melaka tu. hihi....

    ReplyDelete
  16. aloo kami org melaka pon xpenah lg sggh beli..selalu beli yg kt batu berendam tu je

    ReplyDelete
  17. Dik tak try ke mango float royale Melaka ? sedap!

    ReplyDelete
  18. Best juga kan fefeeling pelancong kat negara sendiri 😁 Saya kalau ke Melaka, suka lepak kat Pantai Klebang. Walaupun panas tapi gigih duk situ. Suka juga sunset kat situ 😊 Kuih keria tu kan, rasanya cik epal buat lagi sedap. Hihi.

    ReplyDelete
  19. ramaiorang cakap kuih keria melaka sedap tapi saya tak pernah lagi cuba

    ReplyDelete
  20. lamanya tak pergi Melaka! Tengok cikepal pergi situ terasa nak pergi jalan-jalan Melaka pulak hehe :D
    Wahh! Tembikai jus tuh! WOW! Sedut terus dari buahnya. Memang betul fresh ni hehe :)

    ReplyDelete
  21. Melaka kampungku.... bila balik Melaka jarang jenjln sakan ronda-ronda bandar ... hihihi... balik umah datuk je

    Pernah mkn sekali je kuih keria nie tapi masa dtg Masyaallah kena beratur sampai berjam-jam terus Nadia tak dtg beli dah walaupun suka. Hihi

    Cik epal ada try ke coconut shake di batu berendam ?

    ReplyDelete
  22. Rindunya la nak pergi Melaka lg πŸ˜†

    ReplyDelete