Saturday, April 22, 2017

Jumpa Dinosaur dekat JURASSIC RESEARCH CENTER @ THE TOP, KOMTAR . Dinosaur wujud ke?


First time nak masuk JURASSIC RESEARCH CENTER @ THE TOP, KOMTAR ni.

Masuk dalam group by group. Pergi haritu dengan keluarga mertua aku.

Masuk je tempat ni. Lampu gelap pastu tengok Harith Iskandar (ke Iskander? Ahh mana-mana lah). Dia explain sikit pasal tempat ni.


First dinosaur yang dijumpai. Tu pon dah teruja. Sabor Amsyar. Dekat depan banyak lagi. Hehe.


Han tengok fossil

Baby dinosaur main cak-cak

Mengintai dinosaur dari ruang kamar.Eh! Mengintai dari pagar besi berlobang. 😝

Teruskan perjalanan. 

Fossil yang ditemui sepanjang perjalanan.

Ada pameran saintis yang cuba nak sembuhkan Stegosaurus.

Han teruja tengok Stegosaurus.

Haa sampai mendongak-dongak tengok Stegosaurus.

Pastu saintis makmal bagi pegang telur dinosaur.

"Hey Leha! Tengah masak ke tu? Jom lah keluar kita bergosip pasal anak Pak Meon tu haa"

Dinosaur bertompok itu dipercayai mahu menerkam serkop aku.


Uiii tinggi benau Brachiosaurus ni. Makan apa ni? Makan galah ke?

Brachiosaurus yang tinggi macam klcc! Hehehe. 

Nanti ada satu tangga untuk kita naik tengok view dinosaur dari atas. Cantik kan?



Boleh tengok video ni. Dinosaur dalam ni boleh gerak dan mengaum jugak. Memang nampak macam real ah. 

Sesi menternak lemak berjemaah.




Kanak-kanak riang.





Dengan T-Rex yang menakutkan.
Tengok sepupu-sepupu Han ni posing kemain berekspresi ye.
 Entah siapa lah ajar anak aku posing "Ye encik saya tak bersalah"

Port dinosaur yang berlainan.
Seketul Han masih lagi posing "Ye encik saya tidak bersalah"
Sepupu-sepupu Han kemain posing persis dinosaur menakutkan mangsa. 



Aku dah agak dah. Kalau ada gambar-gambar camni, mak mertua aku mesti rajin beli. Hehe.

Harga nak masuk Jurassic Research Center

(Standard Rates): Rm 58/ adult and Rm 48/ child 
(MyKad Rates): Rm 48/ adult and Rm 38/ child
Opening Hours: 10 am to 10 pm. Daily.
Address: The Top, Komtar, Jalan Penang 10000 Georgetown, Penang. 

* Children below 90cm enters for free

Jurassic Research Centre ni dekat Level 5 The Top, KOMTAR, Penang. Budak besar Han masuk FREE je. Agak-agak nak pi Penang tak tahu nak bawak budak-budak jalan mana. Boleh lah pi sini tengok dinosaur. Hehe. Dalam ni ada lebih kurang 200 dinosaur.


Dulu aku pernah jugak tertanya-tanya dinosaur ni wujud tak sebenarnya? Sampai lah aku pernah terbaca Ustaz Azhar Idrus punya jawapan.



Haha. Make sense jugak jawapan Ustaz Azhar Idrus ni. 

Dinosaur tidak disebut di dalam Al-Quran secara tepat bukan bermaksud tak penting. Tapi itu adalah anugerah Allah supaya manusia mengkaji masa lalu dan apa hubungannya dengan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan. Itu kan salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kalau tak, macam mana lah orang boleh jumpa fosil. Ye dok?


32 comments:

  1. bestnyer han pegi tengok dinosor.. =D

    saya ada baca satu buku ni dia kata sebenarnya dinosor bukan pupus tapi berevolusi.. contoh macam manusia zaman nabi dulu2, kita tengok makam diorang kan besar tinggi dan panjang.. jadi manusia zaman dulu saiz dia besar --> secara teorinya binatang2 dan tumbuhan pun mestilah besar..

    sekarang manusia dah makin pendek dan kecik --> automatik binatang pun mengecik..

    haha.. bila pikir ada betul jugak buku yang saya baca tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? So dinosaur sebenarnya bukan pupus lah eh? πŸ˜†

      Delete
  2. hahahahaha lawak lah Han dengan posing "Ye encik saya tak bersalah". Caption dia yang lawak tu kahkah. Menarik juga jurrasic research center ni. sama ja macam dalam movie hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah kenapa lately asyik posing "Ye encik saya tak bersalah" tu πŸ˜…

      Delete
  3. Eeee, pandailaa semua posing haha. Kalah dinosour tu tau! :P

    Jawapan UAI tak pernah tak win! Haha

    ReplyDelete
  4. betul tu, mungkin wujud dinasour ni, tapi kita tak kan tahu kalau kurangnya sifat ambil tahu..hehehe...menarik tempat ni, tapi jauh plak di penang sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sampai Penang boleh lah pi. Ni pergi pon sebab dah alang-alang ada dekat Penang πŸ˜†

      Delete
  5. Alahai bestnya nak pergi jugak. geram tengok telur dinasour tu. yang besar2 tu nampak cam real je ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak agak real jugak lah πŸ˜†

      Delete
  6. Ustaz Azhar sokmo gitu jawapannya mesti terselit nada kelakar πŸ˜‚πŸ˜‚
    tapi dalam masa yang sama, ada ilmu yang nak disampaikan, dan buat kita berfikir logik akal jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jawapan-jawapan dia memang best baca sebab kelakar dan senang relate πŸ˜†

      Delete
  7. KOMTAR! merobek kenangan zaman ku semasa belajar di asrama ketika form 4-5. Selain Bukit Jambul, pernah juga ke sini. Tapi agak jauh juga from school . And lepas tuh bas dulu kan style tade ekon. Asap kaler kelabu gelap. Bau menusuk kalbu smpi habis baju , tudung and serkup kepala melekat bau asap. HAHAH! Anyways, Han sangat comel posing 'saya tak bersalah encik'. Anak-anak akak pun suka sangat bab2 dinosaur ni. Hannah dulu suka baca pasal dinosaur. Memang ada sekotak lah koleksi dino dia tuh. Akak nak sebut sekor2 pun berbelit lidah. Die kenal almost semua. Kalau takat nama kucing, macam comel, Abu, Labi, Lebai, Ciko tuh sonang la den nak sebut. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang betul kak. Susah benor nak menyebut nama-nama dinosaur ni. Paling senang nak sebut pon T-Rex. Tu confirm tak berbelit lidah hehe.

      Akak belajar dekat Penang ke? Ni semua port best dekat Penang mesti akak tahu ni πŸ˜†

      Delete
  8. ye tak ye juga ya cik epal,jawapan ustad tu bersahaja tapi deep juga..hehe...

    ReplyDelete
  9. Tak tahu pulak ada kewujudan benda alah ni. Hii. Yang pernah dengar taman dinasour yang ada kat Muar. Tak sangka kat Komtar pun ada :D

    Betul jugak jawapan Ustaz Azhar Idrus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tak tahu jugak tapi dah alang-alang sampai Penang, nak tengok jugak lah apa yang best ada sini. Tu singgah tu πŸ˜„

      Delete
  10. Hari tu tngok dinasour kat muar pun dah teruja.kalau pergi yg ni lagi syiokk

    ReplyDelete
  11. haha tergelak-gelak aku baca komen ustaz azhar tu cik epal oiii..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha komen dia memang win πŸ˜„

      Delete
  12. Comeinya Han dengan posing "ye encik saya tak bersalah" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ syok dia dapat tengok Dinasour...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu kenapa suka nau dia posing "ye encik saya tak bersalah" tu πŸ˜‚

      Delete
  13. oo..dekat Penang ke?boleh la terjah kalau cuti2 ke sana nanti...

    ReplyDelete
  14. dulu suka baca pasal dinosaur, teringin pulak nak pergi dan tengok fosil tu :D
    comel betul han :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ada dekat Penang tu boleh lah tengok πŸ˜„

      Delete