Thursday, April 27, 2017

Resepi Ayam Bakar Berempah mudah dan sedap


Hari ni nak share resepi ayam bakar berempah. Resepi nak membuatnya memang simple. Ikut style aku la kan. Aku memang suka bagi resepi simple-simple je. Heee πŸ˜‹


RESEPI AYAM BAKAR BEREMPAH

4 ketul ayam thigh (boleh guna bahagian ayam yang korang suka, kalau kepak ayam kecik-kecik tu boleh guna 8 ketul)
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar serbuk ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 bawang putih
1 inci halia

Lumurkan semua bahan di keseluruhan body ayam. Ala-ala spa gitu. 
Ayam perap 3 jam dalam peti sejuk. Atau nak power lagi perap semalaman.
Aku punya style perap malam ni. Esok baru aku bakar.

Tinggal kan sikit bahan perap dekat tepi.

Panaskan oven 200C dulu selama 30 minit.
Api atas bawah.
Bakar 1 jam 15 minit.




Bakar 1 jam dulu.


Dah bakar 1 jam keluarkan dulu ayam.

Letak balik bahan perap yang tinggal sikit tadi. Minyak-minyak ayam yang keluar daripada ayam tu pon boleh jiruskan dan mandi kan ayam ni.

Bakar lagi 15 minit.

Kalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak tu lagi singkat. Sebab dada ayam cepat je masak. Time untuk bakar ni depends kepada jenis ayam atau size ayam besar mana. Kalau guna thigh macam aku ni ikut je sebijik resepi ni

Siap!


Senang gila kan?


Selamat mencuba resepi senang ni πŸ˜‹


20 comments:

  1. Senang!! Boleh cuba nanti.. thankz cik epal.. ;)

    ReplyDelete
  2. skt hati tgk entry ni tau..hahahaha. sdpnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa sakit hati lak? hehe πŸ˜„

      Delete
  3. senang banget..nak try la sis epal..thanks share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang. Selamat mencuba πŸ˜„

      Delete
  4. Wahhh.. Nampak tempting sangat. Resipi pon simple. Boleh try weekend ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simple je. Hehe. Selamat mencuba πŸ˜„

      Delete
  5. nampak gambar pun dah cukup menyelerakan cik epal oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lah siapa yang buat. Hahaha πŸ˜„

      Delete
  6. dah siap salin resepi haha.senang nya buat klau nk lunch xpyh crack otak fikir resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau ada oven, memang senang nak masak πŸ˜„

      Delete
  7. wow, senangnya. nampak sedap dan menu sihat sbb grill kan..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Sila lah try resepi senang ni. Ehehe πŸ˜„

      Delete
  9. Senangkan kalau yang masak2 main marinate lepas tuh humban sumer dalam oven. Tetiba nanti 'ting'! yeayy...dah siapp..jom makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak guna oven memang senang hehe πŸ˜‹

      Delete
  10. sedap sungguh. kari and blackpepper yang buat menyengat tu kan

    ReplyDelete