Wednesday, April 19, 2017

Resepi Ayam Pandan Thai mudah dan sedap


Harini nak share resepi dan cara nak buat Ayam Pandan Thai. Senang je nak buat! 😊





Resepi Ayam Pandan

15-20 daun pandan (size besar)
500 g ayam tanpa tulang (dada ayam)
1 biji limau nipis 

Bahan kisar untuk perap:

7 bawang putih
7 bawang merah
1 inci halia
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 kiub ayam (aku guna yang no MSG)
1 sudu besar esen pandan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam




Kiub ayam aku guna yang 'no added MSG ni'


Cara nak buat. Mula-mula basuh ayam bersih-bersih. Pastu potong ayam bentuk kiub. Jangan potong kecil sangat. Saiz ayam potong sedang-sedang je. Tak kecil sangat. Tak besar sangat.

Perah sebiji limau nipis. Untuk hilang bau ayam.Biar jap dalam 10 minit.

Bahan kisar untuk perap tadi tu semua masuk blender. Letak air sikit. Pastu blend lah bahan-bahan tadi dengan gembira πŸ˜†

Satukan bahan perap dengan ayam tadi seperti satukan hatiku dan hatimu menjadi satu. Eh!
 Kacau bagi sebati.

Perap jap masuk peti ais dalam 3 jam atau semalaman.

Dah perap ayam, pastu ambil daun pandan. Daun pandan ni basuh bersih-bersih dulu ye.

Simpulkan daun pandan tu dengan simpulan kasih sayang. Ecehh. Buat bentuk 3 segi kon camni.

Pastu ambil lah gambar guna tangan kanan. Kahkah πŸ˜†

Letak ayam dalam 2-3 ketul.

Ambil bahagian daun panjang yang hujung belakang tu. Masuk kan dalam lubang 3 segi kon dekat bawah tu.

Pastu terbalik kan. Daun yang hujung bawah tu. Selit bawak naik atas pulak.

Terbalik kan balik ke depan. Ketat kan daun yang panjang dan pendek tu. 

Ketat kan untuk kasi ayam tu selesa duduk dalam daun pandan tu dan tak ada lah ayam tu terkeluar kang bila masak.

Potong bahagian hujung yang panjang tu. Siap!


Paham tak ni? Muka blur pasai pa?

Disebabkan hari ni aku baik, nahhhh aku belanja video buat ayam pandan kalau ada yang blur tu. 😝




A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Video cara buat Ayam Pandan Thai

Ulang lah step sama untuk ayam-ayam yang lain tu.

Pastu goreng deep fried sampai ayam masak. Jangan goreng lama nau. Sebab ayam kan potong tak besar sangat dan guna dada ayam cepat je masak.

Masa goreng ayam pandan ni. Perghhh bau sedap gila satu rumah. Bau pandan tu wangi sangat!


Siap!

Boleh makan dengan Sos Cili Thai. 
Kalau nak makan dengan sos cili Philippines pon boleh suka hati kau lah. 😝

Nyum nyum!

Selamat mencuba bagi yang nak cuba 😊

34 comments:

  1. sedapnya..thanks sudi shere resepi ni

    ReplyDelete
  2. hadoii pepagi tengok ayam pandan favorite ni buat akk terliur nii..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try buat. Senang je nak buat kak πŸ˜„

      Delete
  3. Salam singgah sini Cik Epal.....sedapnya ayam pandan thai...nal buat pun macam sedap kan...ada masa nak try lah resepi ayam pandan thai cik Epal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti sila lah try πŸ˜„

      Delete
  4. uii..sdapnya..nnt nak cuba jgk la..:)

    ReplyDelete
  5. Yeay!!!! Tq share resepi nie Cik epal . =)

    ReplyDelete
  6. memang nak kena cube nie.. kalau bab resepi ayam memang laju laa sebab feveret! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pon suka masak ayam sebab senang. Hehe πŸ˜„

      Delete
  7. good sharing.. bole cube ni.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Saya makan Ayam Pandan for the first time this Monday.
    It was really delicious.

    Thanks for your receipt :)

    http://jocelynsland.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Omg dapnyee, boleh try la lepas ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. Cik Epal pandai masak tau :) Nampak menyelerakan masakan tu haa. Fav ayam pandan!!

    ReplyDelete
  11. Nampak macam sedap & simple, so nak cubalah nanti. Thanks cik epal sebab sudi share recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, memang simple. Selamat mencuba πŸ˜†

      Delete
  12. Saya sangat geram melihat hasil masakan Cik Epal ni. Memula makan ayam pandan Thai ni masa kursus kat hotel mana ntah dulu. Jakun sangat disebabkan ayam itu dibungkus dengan daun pandan dan rasanya yang sangat sedap menjilat jari. Lepas tuh tengok gambar cara membalut ayam tuh jadi blur pulak. Terbelit, terpusing. Eh! HAHAHA. Then Yeayyy!! ade video tutorial. Sonang ajolah nak buat. Ingat kena cucuk ngan lidi bagai. HAHAH! Thanks again for sharing. Nanti boleh la Iolls try buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna daun pandan besar senang sikit. Tak payah dah nak cucuk lidi bagai. Confirm ayam tak terkeluar punya.

      Simple je nak buat ayam pandan ni sebenarnya. Nanti try ler buat. Hehe πŸ˜„

      Delete
  13. terliur sangat rasanya,esok cuti public holiday nak cuba lah//cuma nak kena beli cecair tu dulu...hehehe...selalu guno utk wat kuih jo..loo ni buleh utk masak ayam...tq na cik epal..esok share lah lagi menu lain..tak sangka cik epal yang cantik ni rajin masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cecair apa? Esen ke? Kalau tak ada esen pon boleh je buat. Cuma kalau ada esen tu lagi sedap dan wangi lah bau. Hehe πŸ˜„

      Delete
  14. Sedapnya nampak.. nanti boleh try...

    ReplyDelete