Saturday, April 8, 2017

REVIEW MOVIE : Beauty and the Beast , Power Rangers , Kimchi untuk awak , LIFE , Boss Baby , dan Ghost in the Shell

MOVIE REVIEW TIME !!! 🎬🎬🎬




BEAUTY & THE BEAST

Sama je macam kartun. Plot tak banyak berubah dengan cerita kartun BEAUTY & THE BEAST. Cerita pasal Belle nak tolong ayah dia kena perangkap dekat satu istana. Ada cerita lah disebalik istana tu. Tapi dalam istana tu ada seorang putera dah jadi Beast akibat kena sumpah. Beast tu kena jumpa cinta sejati, baru lah dia boleh jadi orang balik dan perabot dekat rumah dia pon boleh jadi manusia balik. Masa Belle nak tolong ayah dia ni, dia pon merelakan diri dia dikurung dalam istana tu. Time tu lah mula bibit-bibit cinta si Belle dengan Beast tu.

REVIEW BEAUTY & THE BEAST

- Ada value kekeluargaan. Walaupun tengok teko dengan cawan bercakap, rasa lah sifat family tu. Perabot yang boleh bercakap pon semua nya comel.

-Ada nilai strong woman. Watak Belle tu seorang yang berani and independent lah. Bukan jenis perempuan lembik dan slow je nak tunggu prince selamatkan baru otak dia jalan. Haha. Tapi Belle ni jenis orang yang boleh buat keputusan sendiri and tak bergantung dengan orang lagi-lagi lelaki.

-Pasal isu LGBT yang kontroversi sangat tu sebenarnya tak terkesan sangat pon. Kalau bawak budak-budak tengok pon agak nya budak tu tak perasan apa pon. Kalau isu pasal LGBT ni tak wujud, memang tak perasan lansung kot unsur-unsur macam tu.

-Sepanjang penceritaan kita akan rasa seronok dengan keletah barang-barang yang boleh bercakap.Graphic cantik sangat dan terasa mewah. Animasi nya pon terasa hidup.Memang nampak macam real ah perabot,teko, cawan, burung semua tu bercakap. Emma Watson cantik . Gaun kuning yang dia pakai pon cantik.

-Nilai positif dalam cerita ni nak bagi tahu jangan nilai orang dari fizikal, nilai lah dari ketulusan hati dia.

-Cerita ni musikal. So dalam cerita ni ada nambelas juta lagu. Hahaha. Sesetengah orang mungkin rasa bosan sebab asyik nyanyi je. Tapi memang ni dah cerita Disney yang musikal. So korang memang kena expect lah ada banyak lagu.

-Every moment ada something magical yang korang akan enjoy. Masa aku tengok ni bila habis je cerita ni dalam panggung, semua tepuk tangan. And rasa macam nak nyanyi "Beautyyyyy anddd the Beasttttttttt......" bila keluar panggung pon. Hihi. 

Rating: 7/10




POWER RANGERS

Cerita pasal 5 orang remaja yang bermasalah atau dilihat sebagai bermasalah oleh masyarakat or family diorang. Semua tak berapa kenal satu sama lain. Sampai lah semua ni terjumpa dekat satu tempat. Secara tidak sengaja diorang jumpa dengan 5 buah POWER COIN.  Bila semua balik rumah, semua rasa aneh dengan diri diorang. Semua tetiba jadi power dan sangat kuat. Pastu baru lah tahu diorang ni insan-insan terpilih yang ditakdirkan jadi power rangers.

REVIEW POWER RANGERS

-Ni memang childhood memorie. Dulu tengok Power Rangers dekat tv je masa sekolah. Macam aku dilahirkan pada tahun 90an, so Power Rangers masa tu memang antara rancangan favorite. 

- Jalan cerita agak tipikal lah untuk cerita superhero remaja. Remaja bermasalah yang dibagi harapan semula jadi superhero dan dapat kuasa yang power untuk selamatkan bumi.

-Lakonan ok-ok lah. Tak lah bombastik sangat lakonan masing-masing tapi cukup baik untuk filem remaja.

-Lagu power rangers: Go Go Power Rangers. Dulu kalau cerita dekat tv, setiap kali lagu ni berkumandang time power rangers nak berlawan, atau dapat semangat, kita pun rasa semangat jugak dan nyayi sama Go Go Power Rangerss. Hehehe.Tapi korang jangan harap ada pada cerita ini ye. Dalam cerita ni lagu tu macam tak kena dengan scene sangat. So tak ada lah rasa bersemangat tu.

-Filem ni just pengenalan Power Rangers je. Agak tipikal tapi ok lah.  Kalau korang mengharapkan something yang gempak gila, korang akan kecewa lah. Aku recommend korang tengok filem ni dengan niat nak tahu jalan cerita versi baru ni je, bukan mengharapkan sesuatu yang terlalu awesome. Tapi satu permulaan pengenalan cerita yang agak baik bagi aku. Lepas ni ada sambungan.

-Jalan cerita asal-usul pon munasabah dan boleh diterima.

-Overall, bagi aku tak lah terlalu mengujakan dan tak lah terlalu menghampakan. Mesej terpenting dalam cerita ni ialah keberanian menghadapi dugaan (semua rangers ada darkside masing-masing) dan friendship power dapat disampaikan.

- Jangan lupa tunggu cerita ni sampai post end credit. 

Rating: 6.5/10




KIMCHI UNTUK AWAK

Sinopsis

Cerita pasal Bella (Emma Maembong), seorang pelajar di universiti Korea Selatan nak habiskan cuti semesternya di Malaysia dengan aman. Tapi hidup Bella jadi huru-hara sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee (Aiman Hakim) dekat airport. Tak cukup dengan insiden itu, kak long pulak paksa Bella buat kimchi sempena menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kakak dia kerja. Bella lagi tak aman lah bila dapat tahu presiden tu Danial Lee. 


 Keadaan jadi makin parah bila rupa-rupanya keluarga diorang ni saling kenal dan nak kahwin kan Bella dan Danial Lee. Bila diorang dah kahwin, ada lah satu insiden yang buatkan Bella merajuk dan lari ke Seoul.

REVIEW KIMCHI UNTUK AWAK


-Lakonan ok. Watak Bella pon cute je. Cuma Daniel Lee tu kalau cerah sikit lagi ok lah kot. Baru lah lebih sikit feeling korea nya. Hehe.

-Cerita ni adaptasi novel dan banyak menunjukkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri. Tapi rasanya better ambil pelakon yang free hair dan pakaikan dia tudung untuk pegang watak Bella tu (kalau dalam karakter novel tu kena pakai tudung lah). Kalau pelakon berhijab ni kena ambil kira jugak lah watak tu. Sebab bila perempuan pakai tudung bawak watak pegang-pegang peluk-peluk ni memang kurang manis lah dan bersedia je lah untuk dikecam netizen. Sebab macam tak berapa sesuai.

- Faris (Ungku Haris) dan Aminah (Sharifah Sakinah) punya watak pon kelakar. Sekejap je diorang keluar tapi menghiburkan gak ah. Nama betul Aminah, tapi sebab nak feeling Korea, terus jadi Min Ah. Haha. Yang Faris tu pon annoying gila nak mintak restu kawen pon nak pakai baju pengantin siap tanjak keris bagai. Tah pape mamat tu. Haha.

-Watak jahat Janna Nick berlakon tu pon menjadi. Memang rasa nak lempang je dia dengan rambut helmet dia tu. Haha.

-Overall, ok lah untuk tengok santai-santai. Filem romantik komedi kan. So ringan je lah cerita dia.

Rating: 6/10







LIFE


Cerita ni kategori sci-fi, horror and thriller. Segala pasal sci-fi tu memang sampai. Cerita ni pasal satu team ahli sains di stesen angkasa antarabangasa (ISS) menerima sample tanah dari Marikh. Diorang ni nak kaji ada kehidupan (LIFE) lain tak dekat sample tu. Dalam sampel tanah tu ada satu sel organisma bersel tunggal yang dikatakan hidup atau berhibernasi di planet Marikh. Team ni cuba nak hidupkan balik sel tu.Dalam pada nak kaji sample tu,haaa sekali ada sesuatu benda buruk yang jadi dan bawak masalah besar. Time ni lah mula thriller nya. Mula lah seorang demi seorang akan mati.

REVIEW LIFE

-Sepanjang tengok cerita ni memang rasa suspen lah. Kita asyik rasa nak tahu je apa akan jadi next scene. Nak tahu siapa pulak yang nak mati lepasni. Nak tahu siapa je yang boleh survive.

-Makhluk aneh tu kebal gila. Suspen jugak tengok benda alah tu sebab dia liat nau nak mati.

 -Babak aksi memang mendebarkan dan akan membuatkan korang tak senang duduk sebab kebolehan membunuh makhluk aneh tu agak menakutkan.

-Dari segi jalan cerita dan aksi/keseraman, memang berjaya ah menarik perhatian kita untuk tengok sampai habis.

-Ending ada plot twist.

-Kalau korang peminat sci-fi and thriller, korang akan suka lah cerita ni. 

Rating: 7/10



THE BOSS BABY

Filem The Boss Baby cerita pasal Tim budak umur 7 tahun yang rasa hidup dia sangat sempurna. Sebab Tim ni anak tunggal, dia sangat disayangi lah oleh parents dia. Tapi bila ada je baby boy baru yang muncul ni, terpaksa lah parents dia bahagi kasih sayang. Boss Baby ni memang buat life Tim ni berubah lah.

Sampai satu masa ni Tim dapat tahu yang Boss Baby ni bukan baby biasa. Dah lah baby ni boleh cakap macam orang dewasa, Boss Baby ni rupanya spy rahsia untuk syarikat Baby Corp. Pastu bermula lah macam-macam hal pasal Boss Baby ni.

REVIEW THE BOSS BABY

- Cerita ni comel. Graphic dia pon memang comel gila.

- Cerita ni memang untuk kanak-kanak tapi ada jugak dialog yang agak rude dan kasar yang tak sesuai untuk budak-budak tengok. Sebab tu lah kot cerita ni PG-13.

-Awal cerita The Boss Baby ni ada lah babak abang bergaduh dengan adik. Abang cemburu dengan adik yang muncul dan parents pon mula abaikan anak sulung sebab bagi lebih attention dekat baby baru. Tapi bila sampai pertengahan filem sampai habis ada lah satu mesej positif untuk kanak-kanak yang tengok untuk sentiasa berbaik dengan adik-beradik dan baik nya bekerjasama together.

- Cerita ni agak complicated untuk budak-budak sebab terlebih imaginasi. Kalau orang dewasa tengok ok lah senang faham.

-Tapi sebab graphic dia comel, enjoy jugak lah tengok. Cuma imaginasi cerita ni memang terlebih ah. Nasib baik kartun. Sebab aku expect jalan cerita lain. Rupanya lain.

Rating: 6/10



GHOST IN THE SHELL

SINOPSIS 

Filem Ghost In The Shell berlatarbelakang kan masa hadapan di mana teknologi sibernetik telah mencapai tahap yang maju gila sampai sesiapa boleh dapat mata, tangan, kaki atau apa-apa je lah anggota badan yang dah ditambahbaik secara sibernetik.

Matlamat terakhir untuk pindahkan otak manusia ke dalam badan sibernetik sekaligus menghilangkan semua kelemahan fizikal yang dikaitkan dengan badan manusia tapi mengekalkan kelebihan manusia dari segi kebijaksanaan otak. Inilah tujuan Major (Scarlett Johansson) diwujudkan; sebagai eksperimen untuk tujuan tersebut.

Kisahnya bermula dengan kemunculan seorang hackers yang menggodam dan membunuh saintis dan pihak pengurusan yang berkaitan dengan Hanka Robotics. Major dan team di beri tugasan untuk mencari dan tangkap orang yang bertanggungjawab. 

REVIEW GHOST IN THE SHELL

-Aku bukan lah pengikut anime Ghost In The Shell, tapi aku memang tahu lah cerita ni sebuah siri anime yang popular. Sekarang dah difilemkan jadi sebuah filem live action walaupun menerima kritikan sebab pilih Scarlett Johansson jadi watak utama dan telah "meng-omputeh-kan" anime Jepun.

-Jalan ceritanya senang nak faham, tak terlalu heavy and at the same time tak terlalu ringkas. Kalau korang yang tak pernah tengok siri anime pon senang je nak paham plot dan jalan cerita.

- Scene aksi pon ok. Walaupun pendek tapi menarik dan menghiburkan.

- CGI dan kesan khas dia memang gempak. Memang kita boleh tengok dunia masa depan yang menarik dan ada unsur retro modern. Billboard pon semua 3D. Canggih gila.

-Overall, bagi aku filem Ghost in the Shell ni menghiburkan, tapi bukanlah sebuah filem yang akan korang perkatakan lepas keluar panggung. Nak tengok santai-santai boleh ah.

Rating: 6.5/10

====


Ada cerita yang aku review ni korang dah tengok? Best tak bagi korang? πŸ˜„



33 comments:

  1. Kalo akak dah tonton Fast and Furious jangan lupa buat review ok? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita tu memang kena review. Cerita favourite tu! πŸ˜„

      Delete
  2. Wah sis dah tgk semua..haha sy lum lg berkesempatan nak tgk wayang..hujung minggu ader jer progrma berkaitan dengan kerja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak ada kerja, tengok wayang je lah kerja nya πŸ˜…

      Delete
  3. Baru tgk trailer Baby boss tue kelakar dan baby tue tersgt comel. Nie cik epal dah review boleh lah terjah panggung nie.

    Nadia tersgt lah suka movie beauty and beast tue. Semua rasa perfect movie tue.

    Power rangers mmg tgk sebab teringat zaman sekolah dulu. hihii

    a good review for all the movie. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni punya movie tahap masih boleh dilayan πŸ˜„

      Delete
    2. mmg bnyk movie best2 kan this month . =)

      Delete
  4. haha. part 16 juta lagu dalam beauty and the beast tu mmg xleh bla. tapi baca review mmg best. rasa nak tgk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha serious cerita Beauty & the Beast tu banyak lagu πŸ˜„

      Delete
  5. dah tgk 3 daripada movie nii.nak tgk baby bos xbrkesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu ni boleh tengok hehe πŸ˜„

      Delete
  6. for me the baby boss bestt sangatt rate 10/10!!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tinggi nya. Kita punya rate 6/10 je. Hehe πŸ˜„

      Delete
  7. Saya dah tengok 3 filem teratas dan semua best for me 😊

    Cik epal baru tukar blog header ke? Cantik 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dah lama dah tukar header tu. Bertahun dah πŸ˜†

      Delete
  8. IQ tengok boss baby je, first time lepas ada anak ni, budak2 akan lebih tertarik sebab kartun kan? nak try tengok beauty and the beast tu tapi boleh bawak budak kecik ke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beauty & the Beast boleh je bawak budak. Bukan 18+ pon. πŸ˜†

      Delete
  9. Beauty and The Beast dah tengok. Cerita muzikal rupanya. Jap jap asyik nyanyi. Bolehlah buat layan layan hujung minggu kata orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time lagu keluar mesti rasa geremmm je kan? ehehe πŸ˜†

      Delete
  10. Salam singgah sini cik Epal...wahh...semua dah tengok cerita ni....akak 1 pun belum tengok lagi..

    Teringin nak tengok Beauty& The Beast ni..tapi ada 16juta lagi takut en.hubby kebosanan...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi lelaki akan bosan lah kalau tengok Beauty & The Beast ni πŸ˜†

      Delete

  11. Akak, nanti kalo fast & furious 8 keluar, buat review pls? Sebab akak bt review sume best haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fast & Furious tu memang cerita favourite! Confirm kena review. Hehe πŸ˜†

      Delete
  12. I'm the one yang put high hope on this Power Ranger version. Tambah2 dia punya robot appearance. Allahu, hancur hati hm :'( tapi as a big fan. I won't give up on Saban hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe harap sambungan dia nanti lagi best lah πŸ˜†

      Delete
  13. Laju aih Cik Epal semua nak tengok. Dalam banyak2 tu teringin nak tengok LIFE je, hehehe. Duk tunggu Fast & Furios 8 skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Memang tunggu Fast & Furious 8 je ni πŸ˜†

      Delete
  14. Yeahhh nasib baik terjumpa review ni.. dah boleh pilih mana satu nk tengok nanti.. semua dalam list tu... thankz cik epal.. :)

    ReplyDelete
  15. Dalam banyak2 nie.. dah tgk Power rangers je.. Yang lain tak tgk lagi.. Tapi yg Power Rangers tu memang menghampakan sedikitlah..

    ReplyDelete
  16. Wahhh..gigih cik epal tengok semua tu

    ReplyDelete