Friday, April 14, 2017

REVIEW MOVIE : Fast & Furious 8 . Best cerita ni!

Antara filem yang aku tunggu-tunggu untuk tahun 2017 ni. Ternyata memang tak sia-sia aku tunggu cerita ni. Hee.


SINOPSIS Fast & Furious 8

Dom dan Letty tengah sedap honeymoon dekat Cuba. Tetiba ada sorang wanita misteri jumpa Dom dan suruh buat jenayah dengan dia. Dom tak boleh elak sebab nyawa orang yang dia sayang dalam bahaya. Nak tak nak terpaksa ah bekerjasama dengan penjenayah siber si Cipher ni. Cipher ni power jugak sebab dia boleh hack hampir semua benda yang guna sistem komputer dan connect dengan internet.

Datang pulak Mr Nobody nak kumpul balik team Dominic Toretto untuk tangkap Cipher. Team tu ada Hobbs (The Rock) dan Deckard Shaw (Jason Statham). Kelakar tengok masing-masing tak nak kerjasama sebab si Deckard ni kan watak jahat dalam Fast and Furious 7. Tapi Deckard ni memang nak balas dendam dekat Cipher, so diorang bekerjasama lah jugak.

Team diorang pon semua wondering kenapa ah si Dom ni berpaling tadah dan bersekongkol dengan Cipher ni? Mesti ada benda si Cipher ni ugut ni. So kalau korang nak tahu kenapa Dom betray "family" dia, kena ah tengok. Lemak ah semua nak cerita. Haha.




REVIEW Fast & Furious 8

-Awal cerita ada scene Dom berlumba kereta. Scene lumba kereta ni memang sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat siri ni yang nak perlumbaan kereta buat comeback dalam francais Fast & Furious. Cara Dom menang lumba kereta tu pon memang EPIC! Sampai terbako kereta. Nasib baik dia tak rentung sekali. Hehe.

-Jalan cerita best dan tak lah direct to point sangat. Korang akan terhibur lah dengan jalan cerita yang banyak aksi.

- Kalau korang memang ikut cerita Fast & Furious dari dulu. Korang boleh terkejut jugak ah ada watak filem Fast and Furious 6 dan 7 buat comeback. Sebab ingat kan dah mati. Hidup balik rupanya.
Jalan cerita ada kesinambungan dengan filem-filem Fast & Furious sebelum ni. 



-Bila "Zombie Car" serang bandar New York. Aksi tu memang superb gila. Selamba je Cipher hidupkan kereta tapi tak ada orang dalam kereta tu dan kereta tu gerak laju macam dalam cerita zombie. Nampak cool ah! 

-Scene Deckard Shaw bertekak dengan Hobbs masa dalam penjara tu kelakar jugak. Masa dalam office Mr Nobody tu pon kelakar. Watak Deckard Shaw kali ni lebih fun dan tak serious sangat macam dalam fast 7. Tak sangka pulak si Hobbs dan Shaw ni ada chemsitry. Haha.



-Scene kapal selam kejar sekumpulan kereta memang nampak macam tak logik tapi tu antara best scene dalam cerita. Tapi still tak boleh lawan scene kereta terbang dari bangunan ke bangunan dekat Dubai dalam Fast 7 tu lah. Haha.

-Kita semua tahu Fast & Furious ada team yang sangat strong. Dari yang power hinggalah ke yang suka buat lawak.Masing-masing ada kebolehan tersendiri yang buatkan diorang unique! Kita boleh nampak teamwork yang sangat strong dan banyak scene kelakar.

-Aku suka Charlize Theron. Charlize Theron dan Jason Statham memang perencah terbaik dalam cerita ni. Charlize Theron dalam cerita ni jadi villain dan memang saiko ah. 

 -Dom punya watak serious kali ni. Mula-mula memang tak faham kenapa dia ikut je arahan Cipher ni. Memang boleh agak pasal "family" tapi pasal apa? Tu yang korang kena tengok.



Bila tengok cerita ni tetiba terjatuh cinta dengan lelaki-lelaki botak. Sebab botak botak dalam cerita ni HOT HOT. 

Rasa nak cakap dekat husband. "Bangg tolong botak kan kepala sekarang". Haha


Dia ni pon botak jugak. Watak pon kelakar. Tapi dari segi HOT tu mungkin terpulang pada mata yang menilainya. Hahaha. πŸ˜†

Watak Roman Pearce ni tak payah cakap lah kan. Still lagi dengan perangai sengal-sengal ubi dia. Cakap gempak tapi kadang-kadang habuk pon tak de. Haha. Tapi dia kelakor ah. Nak pergi berlawan pon sibuk nak pakai kereta oren terang ang ang. Attention seeker betul. Haha.


Dari awal movie sampai habis, memang sentiasa teruja dengan elemen surprise dalam jalan cerita dia. Aksi dan lawak jenaka pon semua menghiburkan.  Dari segi nilai hiburan, memang boleh dapat markah tinggi lah. Confirm cerita ni box office punya! Mesti berbillion kutipan worldwide.



Video from instagram (@cikepal06) .Cerita baru start, Han terus tidur. Boleh aku dengan husband melayan cerita ni dengan tenang, aman dan tenteram. Hee 😁


Overall berbaloi ah tengok filem Fast & Furious 8 ni dengan setiap ringgit yang dikeluarkan.  Cewahh. Setiap saat dalam cerita ni memang best! Kalau korang ikut francais Fast & Furious ni, mesti terkejut dengan watak yang dah mati hidup balik walaupun watak tu muncul sekejap je. Btw, Brian pon hidup balik. Opsss. Terbagi tahu pulak. 🀐


Rating: 8/10


Siapa dah tengok? Or ada plan nak tengok? Angkat tiak! Eh! Angkat tangan πŸ™‹πŸ»






51 comments:

  1. cik epal watak brian O'Cornner ade x...sampai sekarang still x boleh move on Paul Walker dh xda...haha TQ for review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brian ada nanti buat kemunculan πŸ˜†

      Delete
  2. yea...antara movie yang ditunggu2... tapi kita kena tengok dekat rumah je...huhuhu...kalau pergi wayang tak ada orang nak jaga anak2. kat rumah pun kena tengok time anak2 dah tidur. anak-anak kecik lagi tak sesuai cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tunggu download je camtu πŸ˜†

      Delete
  3. aduhh.. ini yang kena cepat-cepat pergi tengok ni. ish..

    ReplyDelete
  4. Memang best la citer tu. Sentiasa ikuti dari musim pertama sampai la ke 7. Bila baca review cikepal, perasaan teruja tu terus datang. Kena gi jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut cerita ni, Fast 8 ni memang kena tengok! πŸ˜†

      Delete
  5. bestnyaaaaa.excited nk tgk tp tunggu dluuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sampai bila tu? hehe πŸ˜†

      Delete
  6. Ala da tgok da Cik Epal Filem ni. Cik renex baru plan nk g tgok weekend ni.huhu. bgus la han ni. Sng nk tgk wyg sbb dia tdo. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bagi tidur kalau nak layan movie dengan aman. πŸ˜†

      Delete
  7. InsyaAllah nak tengok juga...hehe...En Suami nak belanja...rezeki tu...rezeki...movie start Han pun start lena ya.....super behave ini seorang anak bernama Han... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah biasa bawak wayang. Dia paham dah kot πŸ˜„

      Delete
  8. tak sabarnya nak tengok...macam best dan suspens jer citer ni

    ReplyDelete
  9. Dah tengok dah .... mmg overall as usual Fast Furious mmg best !!!!

    Action scene semua terbaik tapi ada jugak part action yang saya rasa mcm tak logik je, kapal selam meletup tapi Dom tak mati terhalang oleh kereta kawan2 dia. Hehehe ...

    Overall mmg best !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fast Furious dari dulu lagi banyak je scene tak logik sebenarnya kalau kita fikir dek akal yang waras. Haha πŸ˜„

      Delete
  10. Ramai orang up pasal filem ni ..x tahulah bila nak tengokkkkk hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free-free boleh ler tengok πŸ˜„

      Delete
  11. Neeza belum tengok lagi, ikutkan semalam tapi tiket habis :( sobbs sobbs tunggulah orang share kita download je hehe #ammacheapskate

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  12. Since tak layan langsung movie ni dari first dia keluar, so takda rasa sangat nak tengok haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi woo xlayan. Best kott 😝

      Delete
  13. tak berkesempatan lagi nak tgk. bizi noo ngn study and project

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, pasni boleh download. kihkih 😝

      Delete
  14. Ok akak buat sy nk tgk filem ni kaw kaw punya haha btw mmg follow Fast & Furious dari dulu lg, family mmg suka sgt tgk abang -abang botak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut cerita ni. Fast 8 memang kena tengok lah πŸ˜„

      Delete
  15. lahai bile lah dpt nengok kt wayang ff8 nih....
    akak mmg ikut dr movie 1 sampai ff 7.... mmg antara filem bersambung2 yg tak bosan, mmg tiap filem nya dinanti2kan

    tak sbr nk tgk filem kali ni sbb ada si statham join grup tu kan, akak lama dh minat kt si statham n 2 org lg botak kt ff nih hehehhe...

    cite ni mmg ckp rencah nya, ada hepi sedih kelakar semua ckp... tiap filem gitu, tak sbr nk tgk ff8 nih... baca review kt sini lg lah meronta2 nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. Fast 8 ni jadi best sebab pelakon best2 banyak join. Tapi kalau ikut cerita Fast & Furious, Fast 8 ni memang kena tengok! πŸ˜„

      Delete
  16. wahhh kemain cik epal dah tgok F & F 8 . kita tak tgok lagi . tunggu orang dh kurang sikit dkt Cinema baru kita tgok.hehehe. Mcm best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni kurang dah kot orang πŸ˜„

      Delete
  17. tak sabar nak tengok. memang dok tertunggu tunggu cerita ni. tapi tu lah ada masa takde duit. ada duit takde masa. dah dedua ada, takde orang teman pulak -___- ahhaha baca review Cikepal ni buat lagi berkobar kobar tau

    btw si botak dalam cerita tu memang HOT nak mampuih, tapi tak sanggup aih suh laki sendiri botak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saja nak tengok bila botak rupa chaner. Kihkih 😝

      Delete
  18. sy x tgk lg tp sy sukaaaa sgt dgn kete kebal dlm cite ni... laju giler... jauh sgt bezanya dr kete kebal yg kita selalu tgk tu hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pon Fast & Furious. So semua benda pon laju lah πŸ˜†

      Delete
  19. Saya belum tengok lagi.
    Wknd lepas gi tengok movie pun sebab nak layan cerita budak2...sabar aje lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita budak2 cerita apa? Boss Baby ke Smurf? πŸ˜†

      Delete
  20. dah tengokk dah.. :) ..hari 1st keluar kat pawagam teros p engok..teruja..hehe

    ReplyDelete
  21. brian mana mati cik epal....
    hehe

    ReplyDelete
  22. terbaik cite ni.. penuh aksi dan kelakar.. dah ngk gakk hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni memang aksi banyak. Sampai tak logik pon ada. Haha πŸ˜„

      Delete
  23. BEST!! Suka betul tengok! Tak sedar 2 jam berlalu. Comel je Han, lebih baik tidur katanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bagi dia tidur. Baru aman dan tenteram nak layan movie. hehe πŸ˜„

      Delete
  24. saya tak ada kesempatan lagi nak tengok fast 8 ni, tapi nanti for sure nak gi tgk gak sebab saya peminat serial fast & furious ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut cerita ni dari dulu memang kena tengok fast 8 ni! πŸ˜„

      Delete