Thursday, June 8, 2017

Happy anniversary !





Dah kahwin ni banyak jugak perangai aneh husband aku ni. Yang aneh sangat tak boleh ah nak cerita. Haha. Tapi sekarang baru tahu dia ni kuat nau shopping. Shopping mengalahkan aku. Asyik nak beli kasut je. Kasut dia lagi banyak dari aku hokayy. Aku punya style suka pakai kasut sampai lunyai, baru aku tukar baru. Kalau dia, pantang pergi mall, mesti nak beli kasut. Kadang-kadang sampai nak tercabut rasanya kaki aku dok round masuk keluar butik mengikut dia shopping.Sampai mak mertua aku datang rumah aku tengok koleksi kasut dia pon cakap dekat dia "kamu ni beli kasut banyak-banyak bila kamu nak pakai? Kaki kamu ada 2 je"

Dia buat muka sardin dia je depan mak dia. Haha.

Pastu dia suka ubah perabot dekat rumah. Aku pon tak faham. Kadang-kadang dah elok dah aku rasa kerusi tu dekat ruang tamu. Kang dia pergi letak dekat dapur lah dalam bilik lah. Semenjak aku dah berumahtangga ni ada lah seploh kali jugak dia asyik ubah perabot dalam rumah. Aku diamkan je. Mungkin itu satu terapi untuk dia. Takpe. Janji dia bahagia 😂

Macam aku pulak. Semenjak dah kahwin ni, baru husband aku tahu aku suka masuk tempat-tempat macam Daiso,Guardian,Watson and etc. Kalau dia, dia stress bila aku request nak masuk tempat-tempat macam tu. Sebab aku suka lepak lama-lama dalam tu.

Husband aku selalu pelik. Dia kata "Apa yang best sangat masuk Guardian/Daiso tu? Tak faham lah. Tak bosan ke u duduk lama-lama dalam tu"

Eh eh. Kenapa pulak nak bosan? Semua benda ada kot dalam tu! Sebab dalam satu kedai ni boleh beli macam-macam.Murah lak tu.Satu terapi ah untuk aku kalau masuk tempat-tempat begini. Pastu tengok semua barang tersusun cantik pon rasa best dan mendamaikan. Aku suka. Hehe.

Banyak lah sebenarnya perangai ni. Belum masuk part picit ubat gigi dari tengah ke dari hujung tu. Yang tu aku rasa lelaki memang suka kot picit ubat gigi dari tengah. Banyak kali pesan suruh picit dari hujung tapi end up sama je. So aku biarkan je lah. Lantok lah. Janji rumah aku ada ubat gigi.Haha.


Sebenarnya aku nak cakap. Before kahwin, bercinta lah bertahun-tahun lama pon, tapi memang tak sama dengan lepas kahwin.You'll never know your partner until you live with them.Betul lah orang cakap kita akan kenal pasangan kita yang sebenar bila dah serumah dengan dia (perkahwinan). Bercinta punya lama, ingat dah kenal habis ah luar dalam. Tapi time dah kahwin ni jugak buruk baik kepam wangi semua keluar. Hehe. Banyak sebenarnya perangai husband yang aku dapat tahu lebih lagi dari zaman bercinta dulu. Cuma aku rasa setiap orang ada perangai pelik masing-masing. Hargailah your partner yang sabar, boleh tolerate dan terima segala kekurangan/perangai pelik kita ni jugak. Ehehe.


Walaupon kita ada pasangan yang berlainan/berlawanan minat. Tapi sebenarnya itulah yang melengkapkan diri kita yang ada kekurangan. Lama-lama jumpa titik persamaan.Itu lah guna nya husband and wife, and we completed each other. Kalau dua-dua api, dua-dua air, dua-dua tanah. Mesti boring kan? Allah dah jodohkan kita cantik dah.


Bila dah kahwin ni bukan hari-hari lalui benda yang manis je. Tapi rasa tanggungjawab tu yang nak buat kita perbaiki diri setiap hari dan terima buruk baik pasangan.Belajar berdikari.Apa-apa pon kena sentiasa BERSAMA tak kira time susah atau senang.


Semoga kita jadi pasangan yang Allah redha. Happy anniversary bebeh! 😘😘😘


p/s: Sebab anniversary tahun ni jatuh bulan puasa. Celebrate dengan berbuka dekat luar je. Yahooo tak payah masak. *lompat bintang* Haha 😂

68 comments:

  1. selamat ulangtahun perkahwinan cik epal dan suami. akak dah lama ikuti kisah cinta cik epal ni. Moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah swt..inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary cik Epal...alhamdulilah dpt rezeki berbuka diluar hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe rezeki jangan ditolak. Ye dok? 😆

      Delete
  3. happy anniversary cik epal. semoga kekal bahagia hingga akhirat

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary...bestnya tak yah masak2...tumpang lompat bintang gak😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ni mengah jugak lompat bintang. ehehe 😆

      Delete
  5. Happy anniversary cik epal! Betul ke jodoh akan tiba tepat pada waktunya? Ahahahaha.

    ReplyDelete
  6. Cikza baru sebulan kahwin, akui memang berbeza sangat sifat dan perwatakan. bila baca entry ni jadi senyum sorang-sorang sebab masih tak boleh move on kadang terlupa diri dah kawin.

    salam ziarah dari : www.cikza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sebab bila dah kawen kita akan kenal lebih detail. Sebab semua benda keluar 😆

      Delete
  7. Kita suka masuk guardian, watsons and daiso jugak.. Rasa bahagia kalau masuk kedai macam tu.. haha...

    Part ubah perabot tu lawak tapi ok la.. At least dia ubah sendiri and at least ada la rupa baru dlm rumah... hehe.. Happy Anniversary to both of you.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling suka masuk Daiso. hehe.
      Tq tq! 😘

      Delete
  8. happy anniversary cik epal and husband :)

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary Cik Epal .. moga berbahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  10. kakak ade jumpa satu ayat ni.. "saling tidak seiring sebenarnya melengkapkan satu sama lain.." hee~ happy anniversary !! semoga bahagia milik kalian.. han mana han ? han dah makan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lah dah sebab dia tak puasa hehe. Tq kak 😘

      Delete
  11. Apapun perangai pasangan terimalah seadanya asal tak mengugat rumahtangga kerana bersama bukan untuk sehari dua tapi hingga ke akhir nya.
    Happy Anniversary cik apple,semoga bahagia till jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Selagi tak mengugat rumahtangga, terima seadanya lah.
      Thanks! 😘

      Delete
  12. happy anniversary utk cik epal dan suami...

    ReplyDelete
  13. happy annivesary puan epal, heheh. samalah saya pun suka lepak dalam daiso tu lama2, dahla barang comel, murah lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab barang dia ada yang pelik-pelik dan best jugak. Sebab tu suka lepak lama-lama 😆

      Delete
  14. Syukur Alhamdulillah. Congratulations on your anniversary. Betul sangat tuh..bila dah kawen memang tak sama dengan zaman bertunang dahulu kan? apa pun..itulah perkahwinan. Hubungan yang perlu ade 2 bende ni : Cinta dan Tanggungjawab. Smeoga terus berbahagia yer adik manis Cik Epal bersama suami dan anak-anak. InshaALLAH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kasih sayang kena ada, tanggungjawab pon kena ada.
      Amin. Thanks kak 😘

      Delete
  15. Tahniah moga menjadi Pasangan yang kekal ke jannah...aminn

    ReplyDelete
  16. Happy anniversary.
    Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  17. yep, betul, setiap pasangan mesti melengkapi each other. kena selalu tolerate. IQ dan arwah suami kalau ikutkan perangai jauh beza tapi tu melengkapi kitaorang. jodoh tak lama di dunia, harap bertemu di sana pula. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. InsyaAllah, IQ dapat jumpa semula dekat sana nanti 😘

      Delete
  18. hahah..memang lain bebenor lepas kawin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi janji jangan aneh sangat lah 😂

      Delete
  19. Happy anniversary Cik Epal & hubby. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  20. Anniversary Cik Epal and Hubby.. Moga kekal bahagia till jannah..Amin

    ReplyDelete
  21. Happy Aniversary to both of ya...xoxo ♥

    ReplyDelete
  22. cik epal tak nak jual ke boots dr martens tu.. berminatla..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik? Tak ada penampakan boots Dr Martens pon dalam entri ni. Haha 😂

      Delete
  23. Happily ever after. Saya doakan kebahagiaan Cik Epal dengan suami tercinta. Amin. Selamat menyambut Bulan Ramadhan Cik Epal. Kirim salam pada Encik Suami.

    ReplyDelete
  24. tul tu. masa bercinta tunjuk yg indah2 je kat bf/gf. Bila dah kahwin n tinggal serumah baru tahu warna sebenar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah tu. Dekat siapa lagi nak tunjuk. Haha

      Delete
  25. Happy anniversary , Cik epal dan suami.
    Tersangat lah agree dgn awak part yang lepas kahwin baru lah betul2 kenal pasangan kita. Tapi, Nadia lain skit sbb tak bercinta pun dgn husband nadia , lepas kahwin baru bercinta . So awal-awal kahwin take time jugak lah nak kenal tentang satu sama lain. =)

    Nway , thanks cik epal singgah blog Nadia and komen . Singgah lah lagi . Hihi 😍

    www.nadiaizzaty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun bercinta dah lama. Tapi bila dah kawen ni dah kena bukak buku baru. Kenal pasangan balik 😆

      Delete
  26. Happy Anniversary Cik Epal! Semoga bahagia sentiasa <3 Setuju dengan Cik Epal. Bercinta bertahun2 pun sebenarnya bila dah kahwin, lagi banyak perangai pelik pasangan yang kita baru tahu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi jangan sampai pelik sangat ah. haha 😂

      Delete
  27. Happy Anniversary Cik Epal yang cantik, hihi. Semoga bahagia hingga Jannah!

    ReplyDelete
  28. Tahniah....happy anniversary...

    ReplyDelete
  29. Congratz Cik Epal dan hubby, moga terus dikurniakan mawaddah, sakinah dan rahmat Ilahi, ameen

    ReplyDelete
  30. Auw!!! sweetnya cik epal! happy anniversary cik epal!

    ReplyDelete
  31. Tahniah cik Epal, semoga kekal hingga jannah.....

    ReplyDelete
  32. Happy anniversary cik epal, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, busuk wangi perangai pelik semua tu hadap je dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  33. Happy Anniversary Cik Epal.. Semoga kalian berdua sentiasa berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete