Monday, August 14, 2017

Resepi nasi ayam madu mudah dan sedap



Hye! Hari ni nak share resepi nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang. Ehehehe. Amboi amboi amboi sangat nama menu kau Jahhh  πŸ˜‚



Masa up gambar ni dekat ig aku (@cikepal06). Ada pulak yang mintak resepi. So aku share sini.

Ni masak nasi ayam madu cara aku lah eh. Lain orang kan lain cara. Tapi senang je cara aku buat nasi ayam ni.πŸ˜„

Untuk rebusan ayam:

1 inci halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam (aku guna yang no added MSG)
Garam sikit

Haa aku suka guna kiub ayam yang ni. Dekat bahagian kiri bawah tu dia ada tulis "No added MSG"

Untuk rebus ayam. Letak air. Masuk bahan-bahan untuk rebusan ayam tadi. 

Rebus ayam dengan 1 kiub ayam sampai empuk. Air rebusan ayam ni lah nak guna untuk banyak benda nanti. So air lebih pon takpe.

TIPS:
Ayam jangan rebus lama nau. Sebab kalau rebus lama sangat nanti isi ayam senang nak hancur bila goreng. Rebus sampai empuk saja.


Ni lah RAHSIA NASI AYAM SEDAP. Lemak dan kulit ayam jangan buang. Basuh bersih-bersih. Ni nak guna untuk masak nasi.

Untuk NASI AYAM:

2 cawan beras (Untuk 2 orang makan)
Basuh bersih-bersih dan tos kan.
Kalau isi rumah korang ramai, buat lah lebih hehe.

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan kuali. Letak 2 sudu besar majerin. Then letak bahan tumbuk tadi.

Tumis bahan tumbuk sampai keperangan, then masuk kan lemak dan kulit ayam tadi. Tumis sekali sampai lah lemak-lemak tu semua cair.


Masuk kan beras yang kita basuh tadi. Kacau rata. Wangi bau time ni.

Bila ayam dah empuk,keluarkan ayam.
Sup rebusan ayam ni berguna untuk semua benda pasni.

Masuk kan beras tadi dalam rice cooker. Keluarkan kulit ayam, yang lain-lain bahan kita tumis tu biar je dalam rice cooker.

Tambah 1 kiub ayam. Then masuk kan sup rebusan ayam tadi. Sukatan air sama macam kita nak masak nasi biasa tu. Air jangan banyak sangat, takut nasi lembik. Kalau sup rebusan ayam tadi tak cukup, pandai-pandai lah adjust tambah air biasa ke apa.

Sos cili nasi ayam:

*6 biji lada merah
*2 ulas bawang putih
*3/4 cawan air rebusan ayam (200 ml)
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar cili sos
2 sudu gula
1 kecil garam

Yang tanda (*) tu blend.


Blend lada merah, bawang putih dan air rebusan ayam.

Yang blend tadi kita masak. Then letak jus limau nipis,cili sos, gula dan garam secukup rasa.


Bahan perap ayam:

Ayam dalam 5-6 ketul
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (aku guna kicap ABC)
1 sudu kecil minyak bijan/4 titik minyak bijan

Aku tak letak garam sebab dah ada sos tiram. Tapi kalau korang nak letak garam, letak sikit je.Ayam kita rebus tadi, perap jap. Then goreng ayam macam biasa.

Goreng ayam tu sambil ketuk-ketuk sikit kuali. Biar jiran kau dengar bagitahu dia kau tengah rajin masak. Hahaha.  πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚





Untuk kicap nasi ayam. Aku guna je balance bahan perap ayam tadi and tambah air rebusan ayam. Nak tumis tambah kicap dengan sos tiram pon boleh. 


Untuk sup aku guna sup rebusan ayam tadi je. Tabur bawang goreng dengan hirisan daun sup. Settle!



Dah siap! Nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang.Dari air tangan seorang wanita yang disangka lembut menghayun buaian menggoncang kuali mencipta nasi ayam. Hahaha.


Ok. Selamat mencuba bagi yang nak cuba πŸ˜‹


53 comments:

  1. nasi tu kne letak garam x cik epal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak letak sebab saya dah letak kiub ayam.
      tapi kalau nak letak garam sikit boleh je. Tak ada siapa yang marah. Hehe 😁

      Delete
  2. memang sedap.. selalu buat tuk suami dengan anak2.. madu asli x da so x dpt la ngadap nasi ayam lagi hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak je kan tempat jual madu asli? πŸ˜„

      Delete
  3. wah sedap nya...tiba2 rasa nk mkn nasi ayam gitu hehe

    ReplyDelete
  4. sis, tumpang tanya skit bole
    mana sis dpt KIuB Pati ayam NO MSG tu..
    sy cr di tesko, maidin xdala..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cari dekat Giant πŸ˜„

      Delete
    2. Thanks cikepal Cntik.. tp giant dh tutup ni huhuhu

      Delete
  5. Salam singgah petang Cik Epal...sedapnya nasi ayam...m

    ReplyDelete
  6. Baca tajuk pun dah terliur, tengok gambar lagi lah.. Allahu​, sedapp niii.. Last buat nasi ayam bulan puasa haritu πŸ˜‚

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap.
    Rajin sungguh mama Han ni masak.

    Nanti nak cuba jugak la.
    Tak pernah masak nasi ayam.
    Selalu nak makan, main beli je. Haha.

    Terima kasih ya kongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je nak buat ni.
      Selamat mencuba.
      Sama-sama πŸ˜„

      Delete
  8. Lazatnye. Rasa nak singgah je rumak cikepal bawa pinggan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Meh bawak pinggan. Kita ceduk kan nasi πŸ˜„

      Delete
  9. nampak sedaaaaaaapppp TT^TT laparrr... masuk ni dah kali ke3 ke keempat tah.. baca post pasal makanan... pagi2 lak tu..

    anyway.. macam senang je Cik Epal masak.. nanti Misaki nak try XD (not today tho) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah. Sebab memang senang je nak buat hehe πŸ˜„

      Delete
  10. wahhh...nampak pun mnyelerakan...boleh cuba ni.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selemat mencuba kalau nak cuba πŸ˜„

      Delete
  11. ehhehehe dia punya ntry tuh... sesuai betul

    simple je cik epal msk, tp tgk hasil tuh perkkkkh...
    mabeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka masak benda simple-simple je. Benda complicated saya tak suka nak buat! Haha πŸ˜„

      Delete
  12. wah...wah..wah..mengodanya nasi ayam cik epal ni..aduhhh lapar terus rasanya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar, pi makan sis. Ehehe πŸ˜„

      Delete
  13. Namapak sedap sangat nie. Nanti bila-bila nak cubalah! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba kalau nak cuba πŸ˜„

      Delete
  14. mesti sedap nie.. terliur tgk gmbr sbb dh lma xbuat nc ayam.. hihi.. http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang teringin makan nasi ayam, memang buat macam ni je lah. πŸ˜„

      Delete
  15. Ya Allah kenapa sedap sngt niiiii... nk try la nnti. tq cik epal!

    ReplyDelete
  16. Tried. Husband puji sedap 😊. Tq for sharing. Memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada juga yang buat menjadik πŸ˜†

      Delete
  17. Cikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  18. Cikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  19. Cikepal ... lepasnie share lah resepi2 lain .. sedap tgk nasi ayam cikepal buat nie πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  20. Dah buat..menjadi �� tersangat sedap

    ReplyDelete
  21. sedapnya,jemput ke laman https://kaymiey2428.blogspot.my/ ...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. Sedap sungguh.. Puas hati.. Saya guna madu biasa beli kat kedai saja. Menjadi juga... Terima kasih sangat2 pada tuan punya resepi..

    ReplyDelete