Monday, August 14, 2017

Kyoto, Japan : Oh My Han (Part 1)



Ni kali ke 4 kitorang ke Jepun. Tak bosan-bosan lagi aku dengan Jepun. Dah balik ni pon, still ada rasa nak pergi Jepun lagi kalau free nanti. Ni bukan kerja/sponsored trip. Memang saja nak holiday. Semua guna duit sendiri. Tak boleh dok diam dekat rumah macam ni ah. Asyik nak berjalan je. 😝.Nak ke Jepun kali ni perbelanjaan semua atas aku. So memang aku ingat semua yang aku bayar.

Dulu masa Han bawah 2 tahun kitorang nak fly ke mana-mana memang heaven! Sebab tiket Han free. Kos tiket untuk aku dengan husband je.

Now Han dah 2 tahun. So tiket flight punya perbelanjaan dah jadi untuk 3 orang. Nak ke Jepun kali ni aku naik Air Asia. Kos tiket aku bayar RM4200. So tiket sorang dalam RM1400 return.

Dah sampai Kansai International Airport.

"Hye Pakcik! Apa Khabar? Jepun sihat?"

Tah pakcik mana dia pi tegur tu.

Muka gembira pakcik Jepun senyum dekat dia balik πŸ˜†

Sampai Kansai International Airport, terus aku cari pocket wifi.

Nak sewa pocket wifi kena bagi passport. Tapi passport nanti dia bagi balik dekat kita lah. Nak passport untuk isi form je. Aku ambil untuk 7 hari (unlimited). Harga 6000Yen (RM233) untuk 7 hari.

Simcard ambil jugak satu untuk handphone aku. Hehe.
Simcard harga 5,500 Yen (RM213).
Mahal gila simcard ni bagi aku. Baik ambil pocket wifi.
Tapi ni saja aku buat backup. Sebab unlimited.

Suruh dia tolong masuk kan dan register simcard dalam phone siap-siap.



Pastu naik train ke Kyoto. Beli tiket train dari airport nak ke Kyoto, harga 4700 Yen (RM 182) untuk 3 orang campur Han.Nak sampai tempat penginapan naik taxi.



Dah sampai Kyoto. Ni lah tempat penginapan kitorang.
Memang ambil tempat penginapan ala-ala Jepun.
Baru boleh feeling Jepun lebih sikit. Hehe.

Gambar tepaksa collage kan sebab banyak πŸ˜†

Dah rasa macam duduk rumah Doraemon dengan Nobita πŸ˜†

Laman rumah dia.

Best ada mesin basuh. Siap dia bagi sabun dan softener. Hari-hari kitorang basuh baju.
Hair dryer pon semua siap dia bagi. Bagus dia punya cermin ni. Memang dah siap ada plug. Nak guna hairdyer sambil bersiap pon senang, terus cucuk plug dekat cermin. Tak payah menggagau nak cari plug dekat tempat lain.

Gambar atas: Kitchen
Gambar bawah: Komik-komik jepun.

Boleh lah baca komik kalau faham ye. Aku selak satu hape pon aku tak faham. So aku letak balik. πŸ˜†

Toilet dan tempat mandi asing. So aku suka!
Toilet paling best sebab ada bidet.


Toilet dah lah bersih, canggih pulak tu. Tak kisah lah public toilet atau toilet dekat rumah.Toilet dekat Jepun ni kebanyakan nya toilet elektronik. Kadang-kadang boleh jumpa sampai 20 button dalam satu tandas. Wow banyak sangat button tu. Haha. Macam-macam function ah ada. Ada bidet,tempat kawal suhu air, pewangi udara, heated seats,seat sensor,auto clean, massage cleaning and etc. Fungsi noisemaker pon ada tau. Tujuan dia untuk meningkatkan tahap privasi korang semasa menggunakan toilet supaya tidak kedengaran bunyi-bunyi aneh plup plup yang tidak sepatutnya. Hahaha.


Gambar kiri: Laluan nak ke toilet
Gambar kanan: Laluan nak naik tangga untuk ke bilik

Dia punya tangga kecik je kelebaran dia. Jenuh jugak lah nak bawak naik luggage bawak naik atas.

Ni bilik ke dua.
Tidur ala-ala Doraemon dan Nobita πŸ˜†

Ni bilik utama. 
Sama jugak.
Tidur ala-ala Doraemon dan Nobita πŸ˜†

Rumah ni memang selesa gila ah.

Dah prepare siap payung. So kalau hujan tak payah beli payung, pakai je payung rumah ni.

Rumah ni suami aku yang pilih tapi aku yang bayar. Ingatkan dia pilih dia nak bayar. Hampeh betul suruh aku yang bayar. Hahaha. Tapi takpe, bercuti pon sama-sama kan. Sama-sama lah keluar duit.
Duduk rumah ni,aku bayar RM3227 untuk 3 hari 2 malam. Sebab kitorang banyak berpindah rumah. Ni rumah first kitorang. Dekat Jepun kali ni sampai 4x kitorang pindah-randah sebab kali ni lama bercuti.

Dah sampai tempat penginapan, letak barang. Terus cari dinner. Lapar gila. Time ni dah pukul 10pm. Kedai banyak gila dah tutup. Tapi ada jumpa satu kedai Halal ni bukak sampai pukul 12am. So dapat lah jugak makan makanan halal.

Makanan ala-ala arab.

Ni hape tah nama nya. Tapi biasa je.

Yang ni lazat!
Pizza dengan kuah roti naan tu sedap gila!
Roti naan pon besar gila. Memang kenyang ah makan.

Dah dinner, balik rumah, tidur.


Pagi-pagi tu buat breakfast.

Makan breakfast dulu sebelum keluar. 

Yeahhh! Dah ready nak explore Jepun.

Kenapakah laki aku dah macam hero tamil? Hahaha.







Siapa yang follow instagram aku (@cikepal06) maybe dah tengok lah kot video ni. Boleh pulak tak ada iron rumah ni. Mintak iron dekat host, dia boleh buat dekk je. Terpaksa lah pinjam iron jiran sebelah. Walaupon bersembang macam ayam dengan itik. Nasib baik lah dia percaya dan bagi pinjam iron. Berjalan dengan penuh bergaya lah dengan baju licin hasil pinjam iron jiran. Haha.


Nanti sambung part 2 pulak. Bye!

55 comments:

  1. selesanya tengok rumah tu siap laman yang cantik. InsyAllah miza pun nak ke jepun jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tu memang cantik dan selesa sangat. Enjoy Jepun 😘

      Delete
  2. Ok that's funny.. next year pn en.somi dah rncg nak p cuti tpi dlm Malaysia je.. skang tgh serabut duk pikir cmne nak handle 2 org budk kecik spy behave dan maknya x jadi hulk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe insyaAllah boleh handle. Kalau 2 orang anak, husband and wife both kena berkerjasama lah πŸ˜„

      Delete
  3. Wah bestnye.... rindu nak pergi Jepun lagi... have a nice trip ya...

    ReplyDelete
  4. Patotla han muka jepun , haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Han muka Jepun? Haha πŸ˜„

      Delete
  5. waaahhhhh bestnya holiday kat jepun :-)

    ReplyDelete
  6. waktu ambil gambar dekat tengah jalan tu, minah ke mamat belakang tu usya pelik je. hahahhahaha.

    ReplyDelete
  7. wah bestnyeee...gambar pun lawa gituuuuuuuuuuuu
    rinduuuu hannnnnnnnnnn hihi

    ReplyDelete
  8. cantik dan best gila rumah tu..

    ~mmg mcm gaya hero hindustan.

    ReplyDelete
  9. Yeay!!!! Tak sabar nak baca next entri. Boleh dapat some tips . Plan nak ke Jepun nov nanti. Tq cik Epal share story. <3

    www.nadiaizzaty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang banyak nak share ni πŸ˜„

      Delete
  10. Salam cik epal. Jgn lupe share pasal street food. Soft Eskrem jugak... cmne nak tau boleh makan ke tak. Aritu g sane ade guna google translate. Tanye Penjual nye. Tp x paham jugak... last2 giv up.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya Penginapan tu cik epal, memangg ala ala jepun habiss.. Paling best dan dirindui mestilah toilet sana, sebab kat sini takde toilet berbidet tu kan πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe toilet bidet yang best. Haha πŸ˜„

      Delete
  12. Cantiknya rumah yang cik epal stay tu. tak sabar nak baca part 2 dengan pic sume

    ReplyDelete
  13. Seronoknya hi jenjalan jepun. Mmg fefeeling betul duduk rumah ala Nobita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe feeling Nobita dan Doraemon πŸ˜„

      Delete
  14. bestnya membaca pengalaman sis di jepun :)

    ReplyDelete
  15. bestnya umah penginapan kt jepun tu dik oi.... luar dalam cun... dia pun kelengkapan pun kalah hotel 5star kt sini.... best3

    berapa lama lah agaknya percutian kt jepun tu yek, tak sabar nk tgk han n family jln2 ronda jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Tempat tinggal tu memang best πŸ˜„

      Delete
  16. Cantiknya tempat penginapan Cik Epal kat sana. Siqah suka Han!! Hihi. Comellah dia, pandai beraksi macam mak ayah dia juga <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bapak borek anak rintik πŸ˜„

      Delete
  17. uwaaaaaaaahhhhhh teringin nak pergi Jepun tapi tak sampai2 lagi TT^TT

    koik Gantz XD ahahahahaa :3

    kemas and simple <3 suka suka suka suka XD bidet ja tak tahu dia mcmna function.. selaltu tgok video dkt Youtube.. tapitatau best ke tak pakai sbb selalu mesti nak guna air banyak2 XD

    bestnya g satu family <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bidet tu syok woo. Hahaha πŸ˜„

      Delete
  18. bestnye awak pegi jepun lagi!!

    hai han! cer cakap jepun sikit dengan auntie.. hihi

    ReplyDelete
  19. Cara Cik Epal bercerita sangat mencuit hati

    ReplyDelete
  20. cik epal...nk mintak tlg...boleh tak kalau buat 1 entry khas setiap kali pegi travel ceta a-to-z psl itinerary travel...complete itinerary termasuk nama hotel, nama kedai, time flight suma...sbb iols pemalas...so nk tiru sebijik2 plan cik epal masa travel even currency dh berubah time iols pegi...janji masa, tempat dan harga ada...bole tak?? TQ cikepal...love u..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok boleh je. Nanti last entry bila cerita semua benda boleh buat πŸ˜„

      Delete
  21. comel si Han ikut posing mcm mak ayah dia. murah tiket dapat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada member dapat lagi murah. RM300 je sorang. Fuhhh πŸ˜„

      Delete
  22. Mmg bes g Jepun. Akak pun pernah g Jepun bulan 5 lepas.

    ReplyDelete
  23. Bestnya pegi Jepun. Rindu sangat kat Jepun. Kyoto pernah sekali ajer kitaorang pergi..masa tuh dah nak masuk musim panas. Ade 3 ketuls budak kena heret berjalan. Lepas tuh pantang jumpa vending machine yang banyak kat tepi jalan. Kitaorg tukang bagi kaya kat tokeh mesin tuh. HAHAH! Panas2..sedapkot minum air cekelat sejukk. Lega tekakkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saya pon pantang jumpa vending machine. Mesti akan beli je air πŸ˜„

      Delete
  24. han... bila nak update part 2 n seterusnya.. kakak tak sabar

    ReplyDelete
  25. Buat la entry tips bawak baby travel cik epal. I adore you bawak Han all over the world ;)

    ReplyDelete
  26. Nice place to visit, explore, and taste their delicious cuisine...

    ReplyDelete