Friday, November 17, 2017

Lone Pine Hotel, Batu Ferringhi Penang Review


Sambung balik cerita jalan Penang dekat ENTRI NI.


Sebab kali ni jalan bawak family, mula-mula rasa macam nak tidur Hard Rock. Tapi Hard Rock aku dah pernah tidur dah dulu. Pernah cerita pasal Hard Rock Penang dekat SINI.  Kali ni nak try hotel lain pulak. Area Batu Ferringhi ni banyak je hotel best-best. Ye lah Penang ni macam kawasan tumpuan pelancong jugak kan. Rambang mata tengok hotel area ni. Memang banyak hotel pilihan. Dari hotel cap ayam sampai hotel cap kuda unicorn semua ada. Hahaha.


Sebab ni trip main redah je. Tak booking online. Walk in je lah. Banyak jugak keluar masuk lobby hotel tanya harga bilik. Ada 2-3 hotel jugak kitorang dok tanya harga.Last-last decide nak tidur dekat Lone Pine Hotel Penang. Sebab bawak family, nak duduk sekali lah sebilik. So ambil bilik Grand Premier Suite. RM 1600/night. Ada 2-bedroom suite dalam ni.


Living area dia besar gila and cantik!


Masuk-masuk je terus tangkap gambar ke buat ig stories tah ibu aku ni 😂


Toilet dalam suite ni ada 3.
Yang ni toilet dekat living area.


View mengadap laut. Han tengah tengok laut dengan maksu dia.




Setiap bilik ada satu toilet.



Ayah terus cop bilik tidur.


Ni master bedroom. Luas.


Toilet pon luas.





Kiri kanan toilet siap ada cermin khas untuk lelaki dan perempuan.
Sebelah untuk letak barang isteri, sebelah untuk letak barang suami. Tak lah bergaduh masing-masing nak guna cermin 😂



Ni laluan nak masuk suite. Memang khas untuk kita je.

Untuk Grand Premier Suite ni harga RM 1600 satu malam. Sebab aku walk in, harga RM 1600++ ah bayar. Kalau online maybe murah sikit kot. Tapi seribu lebih jugak lah kalau online pon untuk bilik suite ni.Bilik biasa pon ada je. Tapi ni dah alang-alang bawak family, ambil Grand Premier Suite terus lah. Selesa sikit diorang nak tidur. Lagi pon malam-malam before tidur kitorang suka main terup ramai-ramai.Hee. So senang kalau semua duduk dalam satu tempat.

Oh ye, untuk Grand Premier Suite ni breakfast included. 


Breakfast ada banyak jugak pilihan.

Ni kawasan Han. Dia memang suka betul makan yogurt 😄

Salad.

Ni ada macam-macam makanan untuk breakfast. Macam hashbrown, baked beans, roti telur, saute mushroom semua tu.

Kalau tak dapat breakfast, nak makan sini, kena bayar RM68 (Adult) and RM34 (Children).
Sebab bilik aku include breakfast, memang kena turun lah makan breakfast. Jangan sia-siakan breakfast free itu 😆



Buah-buahan. Ni Han suka lah ni. Mesti buah dia cari dulu.

Ni lah atok dan nenek zaman sekarang. Before makan pon kena instagram dulu 😆

Dekat tepi-tepi tu banyak stall yang buat roti canai, scramble egg and etc. Ada orang lah yang tolong masak kan. Kau tunjuk-tunjuk je lah apa yang kau nak, nanti dia masak. Actually pilihan makanan dia banyak jugak lah.

Haa dah cakap dah.
Han cari buah dulu. Kiri kanan ada makanan.
Pisang dengan betik sekali jalan makan 😆



Ada Penang Famous Street Food. Ni aku tak sempat nak try haritu. Perut dah full.


Haa yang ni aku ada try.

Dim Sum!

Yang bulat gebu gebas, salted egg dim sum tu sedap jugak 😋

Muka gembira dapat yogurt



Alahai teruja nau dapat yogurt seketul 😂





Makan yogurt pulun guna sudu besar. Padahal bekas yogurt tu kecik je pon.
Suka hati lah nakkk. Janji bahagia.


Tak teringat pulak nak mandi swimming pool time ni.




Tapi swimming pool dia cantik 😍


Lone Pine ni hotel 5 bintang kalau tak salah aku. Nak duduk bilik suite ni better bawak family lah lagi best. Overall, ok lah. Makanan breakfast memang banyak. Swimming pool cantik. Bilik selesa. Staff pon nice. 😊


Nanti sambung lagi cerita Penang. K bye!




9 comments:

  1. cantikkknya hotel..besar giler...tp rega dia menangisss nak bayo..wakwakakaka :p

    ReplyDelete
  2. Nice nya hotel ni, next time Lya datang dgn family memang boleh sangat nak stay sini.

    ReplyDelete
  3. uisshhh...bestnya...sy org penang tp tak penh smpi lg..

    ReplyDelete
  4. best nya jalan-jalan....lawa lagi view hotel nya dan makanan pun umppppp..sedap...dan han pon comel..:)..

    ReplyDelete
  5. Hebat hotel ini. Padanlah dengan harga.

    ReplyDelete
  6. memang best hotel ni..ni antara hotel yg jd permintaan client dr luar kalau dtg Penang..

    ReplyDelete
  7. Lone Pine, teringat masa bercuti kat sana dulu sebelum diorang renovate..dgr citenya banglo sebelah kolam renang tu dulunya tempat shooting cite P.Ramlee "Madu Tiga"...tak taulah samada dah fully renovate ke banglo tu

    ReplyDelete
  8. mcm best pulak tgk hotel nih .... nnt if p penang boleh p jugak lah ..

    ReplyDelete