Monday, October 23, 2017

Cetaphil Baby Review

Sama ada korang ada lah new mom atau ibu yang dah berpengelaman, aku tahu betapa susahnya nak pilih produk mandian yang sesuai untuk anak kita. Banyak baby brands dekat luar sana yang claims produk dia lah yang terbaik untuk kulit bayi. Penting untuk kita buat keputusan yang tepat, especially when it comes to your baby’s delicate skin.


Aku memang sangat selective dengan aku punya skincare products, lagi-lagi untuk kulit Han. Lagi kena jaga lebih. Personally, aku memang pengguna Cetaphil dah bertahun dah. Bila Cetaphil keluar range Cetaphil baby, memang aku percaya brand ni bagus untuk Han guna jugak.


Kenapa kena pilih Cetaphil Baby Skincare Products?


♥  Dermatologist Tested & Pediatrician Recommended.  
Cetaphil Baby telah diuji oleh ahli dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jenama Cetaphil juga mempunyai barisan dermatologi yang kuat selama lebih dari 40 tahun.


♥ Colorant Free. 
Produk Cetaphil Baby tidak mengandungi sebarang pewarna atau warna tambahan.


♥ Mineral Oil Free. 
Cetaphil Baby tidak ada mineral oil. Mineral oil adalah minyak tanpa warna dan tidak berbau yang dibuat daripada petroleum

♥ Hypoallergenic. 
Cetaphil Baby diuji menjadi hypoallergenic, bermakna ia berpotensi rendah untuk menyebabkan reaksi allergic pada kulit


♥ Paraben Free. 
Cetaphil Baby tidak ada paraben. Paraben adalah bahan pengawet sintetik yang terdapat di banyak produk penjagaan kulit untuk bayi dan orang dewasa


Cetaphil baby ni memang sesuai untuk bayi dengan kulit yang normal dan sihat. Setiap produk Cetaphil memang tak ada paraben, tak ada mineral oil dan pewarna. 



Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash adalah pH balanced soap-free formula yang mengandungi moisturiser with aloe vera. Aku suka sebab dia ada moisturiser. Ye lah dengan cuaca panas dekat Malaysia ni, memang bagus ada moisturiser siap-siap dalam sabun mandi. Bau sabun ni wangi dan segar! Macam bau baby baru lahir. Wangi sangat! Aku suka! Lepas je mandi, mesti kulit Han rasa lembut dan smooth je.

Cetaphil® Baby Daily Lotion ni pulak ada Shea Butter and Sunflower seed oil untuk melembapkan dan melindungi kulit bayi. Lotion ini sesuai guna time siang sebab ia ringan,lembut dan cepat je serap dalam kulit. Tak melekit and bau pon nice.Kulit bayi pon rasa licin,lembap and hydrated. It's good!


Baby and toddler skin is delicate. Kalau salah guna produk boleh menyebabkan kulit bayi gatal,merah-merah,irritation, kering dan naik ruam. Aku memang sangat recommend Cetaphil baby products ni untuk ibu-ibu yang ada bayi dan anak kecil. It works well on Han and buat kulit Han lebih lembut dan smooth je.


Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuk lah produk yang kita guna dekat diorang setiap hari. Dengan brand yang boleh dipercayai macam Cetaphil ni, memang aku tak risau lansung nak guna produk ni dekat Han.


More info, boleh tengok dekat https://www.cetaphil.com.my/baby/

Wednesday, October 18, 2017

My skincare routine




Aku punya skincare routine simple je. Tak payah nak beli produk yang terlalu mahal untuk kulit cantik. Aku pernah try guna macam-macam skincare yang paling mahal dan yang murah.Tapi mesti akan u turn balik ke Cetaphil. Tak tahu lah kenapa, aku rasa kulit aku lebih sihat bila guna Cetaphil dan produk ni tak buat kan kulit aku jadi gatal/panas/merah ke apa. 

Kalau kau pergi klink pakar kulit pon, dia memang tak kasi pakai apa-apa produk dekat pasaran yang berlambak bagai cendawan tumbuh tu, melainkan Cetaphil. Tak percaya, try pergi klinik pakar kulit. Memang diorang akan suggest Cetaphil. Cetaphil memang trusted by dermatologists, their hypoallergenic, terbukti secara klinikal membantu kita mencapai kulit yang lebih sihat. 


Aku punya skincare routine serious simple nak meninggal. Haha.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni je yang aku pakai selalunya. Ni botol aku yang ke doplohnam kot? Haha memang aku pengguna tegar Cetaphil.


Best tau pakai Cetaphil cleanser ni. Sebenarnya bukan boleh guna dekat muka jer. Badan boleh, tangan boleh, muka boleh, semua la kiranya boleh. Tapi aku guna untuk muka je. Hehe.

Kalau korang nak tahu, pencuci muka yang bagus adalah yang tak berbuih banyak. Tak ada buih lagi bagus. Tips ini aku dapat dari pakar kulit. Sebab dulu memang aku pernah jumpa pakar kulit .Pakar kulit memang tahu benda ni. Cetaphil memang sesuai lah sebab dia memang tak ada buih pon. Bila guna, kulit rasa selesa je.

Yang bestnya pasal cleanser ni, sebab memang lembut bila usap dekat muka. Lagi-lagi usap dekat pipi, terasa kelembutannya. Hihi.Cetaphil ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira lah kulit normal? sensitif? berminyak? berjerawat? Semua boleh. Cetaphil ni tak ada bau. Memang fragrance free. Tak sumbatkan liang pori dekat muka.


Fakta menarik:

• It doesn’t lather, giving you a soothing cleanse. 
• Boleh digunakan with or without water.
• Bagi kebanyakan perempuan, bila nak remove make up , selalu guna make up remover dan kena double cleanse dengan facial cleanser kan? Cetaphil Gentle Skin Cleanser is the ideal cleanser for this use.





Cetaphil Moisturizing Cream


Cetaphil Moisturizing Cream ni adalah satu produk yang berfungsi untuk melembapkan permukaan kulit kita. Boleh pakai dekat muka dan badan. Ianya memberi penghidratan yang tahan lama pada kulit kita dan jadikan kulit kita lembut dan lembap. Siapa yang ada masalah kulit kering atau terlampau kering, boleh guna moisturizer ni. Tapi kulit normal dan sensitif pon boleh je guna. Sebab dalam ni ada bahan semulajadi iaitu sweet almond oil, a natural emollient.

Tekstur moisturizer ni macam lotion, warna putih. Tak bau apa pon sebab fragrance free. Bila apply dekat muka, memang cepat gila meresap dan terus rasa muka lembap dan lembut.

Aku pakai moisturizer ni dekat muka. Kadang-kadang sapu jugak dekat siku, lutut dan tumit kaki supaya tak kering. Again, it works like magic! Bahagian siku, lutut dan tumit kaki memang rasa makin halus dan tak kasar. 

Kalau untuk muka pulak, memang magic nya lagi lembut sebab produk ni hypoallergenic (sama dengan cleanser Cetaphil), jadi tak menimbulkan blackheads. Kulit pon dah tak kusam dan jadi lebih sihat. Bila apply make up, hasil nya lebih cantik dan halus di wajah 😍


 Fakta menarik:

• Wangian dalam produk penjagaan kulit boleh menyebabkan skin irritation terutamanya untuk kulit yang sensitif. Pilih moisturiser/ cleanser yang fragrance free.
• We must moisturise, moisturise, moisturise daily!  Terutama badan kita yang selalu diabaikan.
 Air-cond and hot showers boleh mengeringkan kulit

Cetaphil UVA/UVB Defense.

Aku pakai ni macam pakai sunblock. Ada SPF 50. Duduk Malaysia ni, kelau keluar rumah memang kena pakai. Baru kulit muka kita konfiden je nak hadap cahaya matahari.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser and Cetaphil Moisturising Cream boleh dapat dekat semua pharmacies and independent pharmacies nationwide.  

Cleanser - Available in 125ml, 250ml, 500ml and 1000ml.
Moisturizer - Available in 50g, 100g and 453g

Bila guna Cetaphil ni, kulit muka aku memang lebih lembap,sihat, halus dan lembut. Syok gila!

Akhir kata dari saya Cik Epal gonjeng,

 "Sayangi lah kulit anda" πŸ˜„

K bye!


More info:




Monday, October 16, 2017

REVIEW: Tropika Baby Herbal Cream . Serious best krim ni!


Aku nak share cerita macam mana aku boleh tahu pasal produk TROPIKA ni. Mula nya aku memang tak pernah dengar pasal produk ni. Sampai lah satu masa aku balik kampung. Jumpa lah dengan semua sedara aku. Time balik kampung tu pulak Han tengah batuk. Aku baik dengan sorang sepupu aku ni. Dia anak 2 dah. Lepas dia mandikan anak ke 2 dia, dia sapu satu cream dalam botol kuning ni.Aku nampak packaging dia macam comel je sebab ada gambar teddy bear. Hehe. Aku pon ambil and tengok-tengok cream tu. Sepupu aku ni tahu Han tengah batuk. Sambil dia massage anak dia dengan cream ni, dia cakap dekat aku "try sapu cream ni dekat Han. Cream ni bagus".



Aku try sapu cream ni dekat Han. Dalam 2 hari, memang batuk Han hilang terus. Alhamdulillah, lega aku.Memang serious magic krim ni. Aku cerita dekat sepupu aku. Bagus betul krim ni. Dia ada lebih 2 botol. Dia memang saja beli lebih buat stok sebab krim ni serasi dengan anak-anak dia.Dia nak bagi aku satu. Aku ambil satu cuma aku beli lah dekat dia.




Han pegang Tropika Baby Herbal Cream ni pon terhibur πŸ˜‚


Sebab sepupu aku ni lah aku kenal produk TROPIKA. Untuk parents dekat luar sana, aku rasa korang kena ada TROPIKA Baby Herbal Cream ni atleast satu dekat rumah.

Kalau anak demam, selsema atau batuk, memang kita cepat risau kan? Tapi bila ada krim magik ni, serious akan melegakan hati korang dengan cepat.

Dari Han baby lagi, aku dah sapu krim ni kalau Han tak boleh tidur malam, kembung perut atau selsema.





CARA NAK GUNA TROPIKA BABY HERBAL CREAM

Dari Han masih bayi lagi,setiap kali lepas mandi, aku memang sapu cream ni dekat perut dan tapak kaki Han. Time malam pulak, sapu dekat dada dan dan belakang badan dia. Memang selesa Han tidur malam-malam.


BAHAN-BAHAN

Bahan yang digunakan dalam Tropika Baby Herbal Cream ni adalah minyak kelapa dara, halia dan minyak kayu putih. Simple je bahan-bahan dia. Memang tak ada bahan kimia terlarang yang aneh-aneh di dalam ni. Paraben pon tak ada. Jangan risau, krim ni memang selamat digunakan. 


KEBAIKAN Tropika Baby Herbal Cream : 

- Melegakan batuk
- Melegakan selsema
- Melegakan hidung tersumbat
- Melegakan kahak 
- Melegakan kembung perut
- Melegakan nafas berbunyi






Krim ni putih macam lotion je. Sangat ringan. Bau best! Tak melekit dan tak berminyak. Bila sapu dekat baby memang cepat meresap. Rasa pon berangin best je. Baby pon selesa.

Krim ni tak panas. Sesuai sapu dekat anak seawal sehari lepas dilahirkan. Sapu je lepas mandi. Memang wangi! Memang rasa nak cium anak kita selalu sebab bau memang best dan wangi. Heee.😍


Yang ni pulak:
-Baby Hair & Baby Oil 
(Sesuai untuk kulit dan rambut)
-Natural Bubble Wash 
(Ada minyak kelapa dara dalam ni. Untuk melembapkan kulit dan rambut jugak.)

Bau wangi. Bau Lavender. Lepas guna 2 benda ni, memang perasan kulit Han makin lembut. Suka! 😊

Han pon suka produk TROPIKA! Packaging ada teddy bear tu comel! πŸ˜†

Kalau pergi travel pon, memang aku tak lupa bawak TROPIKA sama. Ye lah, bila travel tempat orang ni, kadang-kadang cuaca tak menentu. Takut juga Han demam ke selsema ke apa kan. So memang aku prepare siap-siap Tropika Baby Herbal Cream tu. Bawak sekali bila fly. 



Kepada ibu-ibu mahupun bakal ibu, aku memang sangat recommend kan krim ni sebagai salah satu item dalam list barang baby korang. Serious krim ni korang wajib ada. Harga pon murah gila. Berkesan pulak tu. Serious tak tipu. Sebab aku memang guna krim ni dari Han baru lahir lagi. Kalau Han batuk atau selsema, terus aku sapu krim ni. Cepat je Han baik. Serious best!!!

Kalau korang rasa nak beli,boleh tengok dekat website ni : http://tropikabeauty.com.my/baby-product-2/



Thursday, October 12, 2017

Hot & Roll sedap ! Siapa suka makan, kita geng!

My favourite!! Heee πŸ˜‹



Saja nak berhenti jap dekat Petronas area Bukit Jelutong ni.

Memang betul-betul sebelah tol.

Ni alamat dia. Nak isi minyak.




Masuk kedai Mesra Petronas ni, nampak Hot & Roll! Eh tak kan nak tengok je.Mesti lah kena beli. πŸ˜†

Aku memang dari zaman bujang sampai sekarang ada Han ni, suka gila kott makan Hot & Roll. Pantang nampak, mesti nak beli punya. Ada 2 selection. Savoury and sweet. Savoury aku suka, sweet pon aku suka je.Semua perisa aku dah try dah. Semua sedap je bagi aku. Hee.

Order lah, apa lagi.

Dulu aku suka pizza beef tu. Tapi sekarang ni paling aku suka paratha chicken & cheese ni.

Sedap! Aku suka! Kalau pergi mana-mana Hot & Roll, mesti aku akan order Paratha Chicken & Cheese ni.

Serious sedap gila! Haha.

Tapi bukan aku je yang suka ......

Seketul Han pon suka jugak! Haha.
Pantang nampak aku makan, mesti nak mintak jugak.

Beli satu lagi.

Crispy Crunchy Peanut. Yang ni pon aku suka. Krapp krupp krapp je bila makan. Ni kena makan panas-panas baru sedap. Memang crunchy.

Sekarang ada menu baru, Cheezy Jumbo. Memang aku tak melepaskan peluang lah untuk order satu. Hee.

Memang besar hot dog dia.

Yang best nya, cheese dia sedap sangat. Sebeban dia bagi haaaa lepas aku suruh tambah. I loikeeee. Hee πŸ˜‹

Besar pulak tu.Memang sesuai lah dengan nama. Besar lagi Cheezy Jumbo ni dari kepala Han. Haha. Tapi memang sedap! πŸ‘


A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on


Saborrr je lah aku dengan Han ni. Habis time ni dia buat sepah πŸ˜‚


By the way, apa yang aku suka pasal Hot & Roll ni sebab tunggu kejap je untuk dia masak. Sedap makan panas-panas. Yang penting HALAL. Sesuai untuk kids, teens & working adults. Kalau yang bekerja, tak sempat breakfast dekat rumah tu, boleh lah singgah Petronas yang ada stall Hot & Roll macam ni. Sedap pon sedap. Memang memudahkan kerja bila ada Hot & Roll ni. Perut pon kenyang makan benda sedap. Memang sesuai untuk sesiapa je, pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Heee.


Kalau nak tahu Hot & Roll mana yang ada dekat dengan korang boleh tengok dekat https://www.facebook.com/hotandrollmalaysia/ πŸ‘



Hehe comel video ni. Kalau time sekolah dulu ada Hot & Roll. Serious aku tak kisah makan Hot & Roll hari-heri time rehat. πŸ˜„




Korang suka tak Hot & Roll ni? Korang suka makan perisa apa? πŸ˜‹