Friday, March 17, 2017

Chicken Rice Ball bulat-bulat sedap Ee Ji Ban , Melaka

Husband aku ler ni tetiba nak makan chicken rice ball ni. Gigih lah pergi Melaka nak pi rasa. Tapi dah cakap awal-awal tak nak pergi time weekends. Nak pergi time weekdays je. Sebab tenang sikit berjalan tak ramai orang.  Tempat ni macam susah sikit nak cari parking. Masa aku datang tu memang rezeki,sampai-sampai terus dapat parking betul-betul depan restoran. Aku pergi hari Selasa baru ni. Orang pon tak ramai sangat. Datang je memang terus dapat tempat duduk.

Chicken rice ball sampai, Han terus ngappp seketul.

Ni lah restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan, Mad Markets Hanis Zalikha and macam-macam lah tv program.

Banyak yang jual chicken rice ball dekat Melaka ni. Banyak yang non-halal.
 Tapi yang Ee Ji Ban ni Halal. 
Ada logo halal siap haa.

Menu.

Boleh makan dengan nasi biasa. Atau nasi bulat-bulat seperti nasi kepal itu. Nasi biasa tu dah selalu sangat makan kan dekat mana-mana? So sampai sini haruslah order nasi bulat-bulat tu. Baru lah terasa kelainan. Dah ah jauh datang ni semata-mata nak lunch πŸ˜‚

Ayam boleh pilih nak roasted/steam. Ada banyak lagi lauk-lauk sampingan yang lain. Ada asam pedas, sayur, udang/sotong sambal and etc.


Ni yang kitorang order haritu.

1/2 Chicken - Roasted
RM26.00

Nyonya Sotong Udang Cili Garam.
RM40.00

Ni ambil size paling kecik ni RM40. Mahal ke murah? 

Chicken Rice Ball. Seketul 40 sen.

Teringat dulu kecik-kecik makan nasi kepal camni kalau tercekik tulang ikan. Hehe. 
Sekarang ni nasi kepal dah upgrade buat nasi ayam nok! πŸ˜‚


Senyum ada makna budak Han itu.

Sebab nak ayam. 
Kuat makan budak ni.
Mesti ikut perangai bapak dia ni πŸ˜‚. Haha.



Rasa?

Bagi aku, ok-ok lah rasa dia. Tak ada lah sedap gila-gila dan tak ada lah tak sedap pon. Kategori boleh di makan lah. Kalau korang dah alang-alang sampai Melaka tu, boleh lah try. Kalau lepas ni semata-mata dari KL aku nak ke sini sebab nak makan nasi ayam memang tak ah. Sebab aku pernah makan nasi ayam yang lagi sedap, Ee Ji Ban ni kira ok-ok lah. 

Cara nak makan?

Aku main belasah je makan. Dekat atas meja dia dah siap serve kicap cair dengan kicap pekat. Ambil rice ball sikit, taruk ayam, titis kicap, letak chili sikit. Terus ngappp je.

Service?

Service memang laju. Aku suka! Cepat je makanan sampai. Owner pon friendly.

Harga?

Harga boleh tahan lah. Tak lah murah sangat. Standard harga makan restoran. Total harga aku makan ni RM77.60.


Alamat:
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya.

Aku waze je Ee Ji Ban Melaka, nanti waze tu bawak lah korang ke jalan yang benar. 

Kalau nak cuba makan benda baru dan unik, korang boleh lah try. Sebab lain sikit lah kan. Sebab nasi dia bulat comel cenggitu. Layan lah gak makan nasi ayam kepal bulat-bulat. Hehe.


Next entry sambung lagi pasal jalan-jalan Melaka. K bye! πŸ˜†


22 comments:

  1. ingatkan ais kepal je ada. nasi kepal pun ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasni cendol kepal pulak 😝

      Delete
  2. menarik juga ya rice ball ni. salam kenal

    ReplyDelete
  3. setiap kali balik kampung kat telok mas tu, wife mesti ajak singgah sini. tapi tak pernah saya berhenti. hahahahhahaha. ni dah baca ni, kalau dia ajak berhenti lagi, saya akan cakap, eh, cikepal cakap, sini biasa-biasa jelah. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rasa memang biasa-biasa je. Ok-ok lah. πŸ˜‚

      Delete
  4. menariknyaa cik epal. busyra baru penah dngr.. hehe, busyra tngok nyonya sotong udang tu berselera sngt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah try nanti kalau nak try πŸ˜„

      Delete
  5. wahhhh.. nampak macam sedap ni ^^


    singgah & follow sini :)
    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  6. Han ni tak penat ke jadi comel? Iskk tak pernah tak comel tak geram nengok, siapa lah mak ayah dia kan? Hahahahahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti mama han tu comel kan? wahahaha 😝

      Delete
  7. terliur tengok sambal sotong tu T^T

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nengoh budak kicik Han tu makan

    ReplyDelete
  9. wowww.. kene try gak ni.. namenye orang melaka tapi tak pernah try pun ni.. hihihi

    ReplyDelete
  10. elsa dah lama tak pergi melaka! nampak makanan nie kena try nieyh hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
  11. mcm viral pulak chicken rice ball... sedap ker.... hihi...masa kecik2 dulu suka buat nasi kepal2 taruk ikan dlm tu...

    ReplyDelete
  12. Okay. Next time pergi Melaka, saya cuba singgah kedai ni. Hi

    ReplyDelete