Tuesday, March 14, 2017

REVIEW : Menternak lemak di 1957 Kopi + Makan

Haritu pergi De Centrum Mall yang baru bukak bersebelahan pintu utama Uniten. Lepak makan dekat Restoran 1957 Kopi + Makan ni. Besar jugak kedai ni, nak duduk luar ke dalam ke takdehal. Mana-mana pon boleh duduk.

1957 Kopi + Makan.


Kenapa 1957?  1957 kan tahun yang penting dan tak dapat dilupakan untuk rakyat Malaysia kan? Hari Merdeka untuk Malaysia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Siapa tak ingat tarikh ni memang saja nak kena cepuk. Hehe.



1957 Kopi + Makan ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang nak enjoy dining dan lepak santai-santai sambil minum kopi.Memang sesuai lah dengan nama.



Agak cozy untuk borak-borak. Ada seat dekat dalam dan luar. Persekitaran dia memang sangat selesa! 

Suka setting kedai dia. Selesa, kemas dan cantik!

Ni menu air special.

Nak makan ringan? Makan berat? Semua hado.

Yang best nya sebab all day breakfast. Nak makan western ada. Makanan Asian pon ada. Menu dia memang banyak pilihan!

Memang sesuai gila nak bawak family datang sini. Biasa kan selalunya parents nak makan nasi dan makanan melayu kan? Adik beradik kalau yang muda-muda pulak nak makanan hispter sikit kan? Haaa kat sini jangan risau. Mak ayah boleh je order nasi kerabu,nasi dagang, lontong ke, or nasi lemak ayam berempah ke. Yang lain boleh ler order pasta ke, burger ke atau apa-apa lah yang selera dengan tekak.


Mula-mula aku susah jugak nak decide nak makan apa sebab semua benda dekat menu ni macam sedap je. Dasar kuat makan memang cenggini. Aku pulak jenis tak kisah. Western ke nasi ke semua aku bedal. Hehe.



Datang-datang je terus nak mintak kek budak kecik ni.


Pilihan kek yang ada.

Tempat basuh tangan.


Tengok lah menu-menu yang kitorang order ni.



Beef Messy Fries- RM10.90*

Kentang goreng dengan bolognese sauce, daging cincang dan runny eggs. Nyum nyum. 

Ni baru appetizer hokayy πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Beef bolognese - RM15.90*

Chicken Chop - RM16.90*

Chicken chop dia sedap. Daging lembut je. Ada 3 pilihan sos. Aku pilih mushroom sos. Memang tak mengecewakan. Sedap! πŸ˜‹

Chicken Rice 1957 - RM15.90*

Nasi ayam marvelous!

Air pon sedap. Order je lah air pon semua sedap je slurp slurp πŸ˜‹

Nasi Kerabu Percik- RM15.90*

2 orang order nasi kerabu ni. πŸ˜‹


Mee Goreng Mamak- RM11.90*

Ni sedap uihh. Husband aku ah ni tengok meja sebelah order sampai 4 Mee Goreng Mamak ni. Dia pon sibuk nak order jugak. Mee Goreng Mamak ni memang sedap. Manis, masin, pedas secukup rasa.  πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Keropok Lekor Tok Beng - RM8.90*

Ni yang paling aku suka!! Keropok lekor dia lembut gila. Aku sorang pon boleh hadap ni. Sos buat cicah keropok lekor tu pon sedap. Kalau datang sini, tolong lah order Keropok Lekor Tok Beng ni! Memang sedap nak meninggal weh! Haha πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Memang menternak lemak habis ni. Ehehehe.

Dalam mulut memang tengah mengunyak Keropok Lekor Tok Beng! πŸ˜‹



Nak makan ni. Jangan kacau.

Makan sekali dengan winner contest aku buat dekat instagram (@cikepal06) haritu.

Kita beralih ke arah pencuci mulut pulak. 

Cupcake red velvet.


Bubur pulut hitam.

Pisang special- RM5.90*

Ada cheese dengan coklat. Makan sekali dengan aiskrim. Kombinasi pisang goreng panas dengan aiskrim sejuk memang yummylicious! Ni pon korang kena order tau kalau datang sini πŸ˜‹πŸ˜‹

Han makan beriya.

Kalau perempuan dukung kemain suka.


Overall, tempat ni memang best untuk nice teatime, makan dan lepak. Good coffee. Kopi dia pon rasa smooth je. Nak lepak dengan member pon best dekat sini. Nak bawak family pon sesuai sangat. The foods are awesome. Good services. Tak ada lah melanguk je tunggu makanan lambat sampai. Service memang laju ah. Suka! Suka! Dengan cozy ambiance and surrounding. Yang paling penting makanan sedap! Tu yang penting ye. Memang confirm akan datang balik dengan family pasni.

Restoran 1957 Kopi + Makan ni dekat De Centrum Mall, Bangi. Yang best nya kalau nak pergi restorang ni parking senang. Pasal parking ni pon penting ye. Kalau pergi tempat makan susah cari parking confirm boleh bikin stress. Tapi kalau datang sini confirm tak ada masalah parking. Parking senang.

Kalau korang nak tengok lagi gambar-gambar makanan yang menggiurkan, boleh tengok dekat FACEBOOK dengan INSTAGRAM 1957 Kopi + Makan .

Boleh lah try makan sini pulak. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

*Harga yang dinyatakan tertakluk kepada GST dan caj perkhidmatan.





25 comments:

  1. Power betul chef dia boleh sediakan makanan banyak-banyak tu, semua hado kan... memang santai deko restoren tu, cool je tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. deco memang cool. Chef dia ramai kot πŸ˜†

      Delete
  2. Arghhhh stressnya tengok gambar2 ni semua nampak sedap! hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau stress pi makan bagi hilang stress πŸ˜‹

      Delete
  3. sedap sedap ar makanan dia..terliur aku..

    ReplyDelete
  4. Hmmmm blogwalking awal pagi tengok post ni terus rasa lapar! Nampak menarik and sedap je semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik dan sedap hehe πŸ˜‹

      Delete
  5. Nampak tempat ni memang selalu penuh dengan visitor. Mungkin dekat dengan IKRAM dan juga UNITEN kan? Tempat pun agak selesa juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. Selalu jugak nampak family makan dekat sini πŸ˜‹

      Delete
  6. bestnye Cik Epal! menu dia memang menyelerakan laa! keropok lekor tok beng tu mesti dari terengganu sebab ada keropok lekor yang famous dekat kampung tok beng, kuala nerus terengganu tu...hehe..

    muka han gambar last tak boleh nak hadam laaa..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe lah. memang ambil dari terengganu kot πŸ˜„

      Delete
    2. ye,,keropok lekor tokbeng mmg femes..wajib beli tau..sebab ade jual versi vakum..tahan berbulan n segar

      Delete
  7. mulanya ingat, kedai ni dah ada sejak tahun 1957. hehehe. rupanya nama kedai je eh. tapi mee goreng mamak tu.adeh. kecut perut tengok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee goreng mamak tu sedap πŸ˜‹

      Delete
  8. nampak sdap tapi keropok lekor tu 10 ketul jekeee haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah tak kira lah pulak. Order lah 2 pinggan dapat 20 ketul. Ehehe πŸ˜‹

      Delete
  9. Nampak sedappp.... tapi tak sanggup dah nak ternak lemak lagi.. =(

    ReplyDelete
  10. benci la semua food tu nampak sedap...ahhahahhaa

    ReplyDelete
  11. Dah lame cari mee goreng mamak sedap... terliur nye

    ReplyDelete